Petunjuk al-Qur'an dan al-Sunnah Berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan sebuah buku
terbaru di pasaran:

Judul: Petunjuk al-Qur'an dan al-Sunnah Berkenaan
Haid, Istihadah dan Nifas.

Pengarang: Syaikh Muhammad al-Shalih al-'Utsaimin
(1411H)

Judul asal: Risalah fi al-Dima'a al-Thabi'iyyah li
al-Nisaa'.

Penterjemah: Azzahari bin Murad.

Penyunting: Hafiz Firdaus.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 7 x 7, 86 mukasurat.

Harga: RM9.00.

Di mana: Kedai-kedai yang lazim menjual buku terbitan
Jahabersa atau hubungi terus penerbit di 07-2351602.

Ulasan ringkas:

Sebagaimana tajuknya, buku ini membicarakan
hukum-hukum yang berkaitan dengan darah haid,
istihadah dan nifas yang lazim dialamai oleh kaum
wanita.

Perbicaraan tidak sekadar hukum yang lazim tetapi juga
meliputi hukum-hukum yang tidak lazim seperti haid
yang terputus-putus, haid yang berpanjangan, tempoh
antara haid yang berbeza-beza, haid yang bercampur
aduk warnanya dan pelbagai lagi.

Pada waktu yang sama dibicara juga beberapa isu
terkini berkenaan haid seperti pil penahan haid, pil
penegah kehamilan dan sebagainya.

Manhaj yang digunakan oleh Syaikh al-'Utsaimin
rahimahullah ialah fiqh muqaran (perbandingan antara 4
mazhab) dengan tumpuan diberikan kepada keterangan
para isteri Rasulullah s.a.w. berdasarkan haid,
istihadah dan nifas yang mereka alami sendiri.

Justeru sekalipun buku ini agak nipis (86ms) namun
perbicaraannya amat padat sehingga saya yakin dapat
memberi kepuasan ilmu kepada pembaca khasnya para
muslimah.

wassalam.