Judul:Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

Pengarang: al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin (1411H)

Penterjemah: Ust. Fadlan bin M. Othman

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 8.5 x 6, 139 mukasurat

Harga: RM9.00
Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di 07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Pengenalan oleh Syaikh al-Utsaimin rahimahullah adalah ulasan yang terbaik bagi mewakili kepentingan buku ini:


"Sesungguhnya di dalam apa sahaja ilmu, perkara yang amat penting bagi orang yang ingin mempelajarinya ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu memahami ilmu tersebut. Pengajian dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan mengkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang kuat dalam ilmu itu. Pepatah ada menyatakan bahawa orang yang tidak dapat memahami dasar (ushul), tidak akan kesampaian kepada ilmu itu.

Ilmu yang paling mulia dan berprestij ialah ilmu Tafsir al-Quran yang merupakan penerangan terhadap erti kata-kata Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Para ulamak telah merumuskan dasar-dasar bagi ilmu ini sebagai mana mereka telah merumuskan dasar-dasar bagi ilmu Hadith dan ilmu Fikah."