Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa
(Himpunan Risalah Berkenaan Puasa Dan Isu-Isu Berkaitannya)
Penyusun: Hafiz Firdaus
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602).
Saiz buku: 7 x 7, 136 mukasurat.
Harga: RM:10.00
Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku-buku agama terbitan Jahabersa.
Pengenalan ringkas:
Buku ini memuatkan 11 risalah atau artikel berkenaan ibadah puasa dan segala yang berkaitan dengannya.
Antaranya:
=Hukum Puasa Sunat Bulan Rejab,
=Hukum mengamalkan hadis dhaif (khasnya bersempena bulan Rejab, Syaban, Ramadhan yang dipenuhi dengan hadis dhaif)
=Sunnah-sunnah yang sahih dalam menyambut Ramadhan,
=Amalan wanita yang didatangi haidh dalam bulan Ramadhan (puasa, solat, mengaji, semua tak boleh – habis nak buat apa?),
=Pelbagai hukum-hukum puasa Ramadhan yang ditinggalkan dan ditokok tambah oleh kita di Malaysia
=Sunnah-sunnah yang sahih dalam berbuka puasa
=Solat Tarawih
=Lailatul Qadar, adakah bersamaan Malam 27 Likur?
=Kemudahan hukum puasa ketika balik kampung?
=Amalan memberi duit raya, adakah ianya Islamik?.
Antara penyumbang risalah ialah Ust. Kamin of Ahkam.net dan Ust. Asri of USM.
Harap dapat forward e-mel ini kepada rakan-rakan dan lain-lain forum agar dapat kita peroleh manfaat
bersama.
Syukran, wassalam.