Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah (Buku 3)


Assalamualaikum waRahmatullah,

Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan buku terbaru saya:


Judul: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah
Dalam Persoalan Khalifah. (Buku 3): Jawapan Kepada
Hadis-Hadis Yang Lazim Dijadikan Hujah


Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.


Saiz buku: 7 x 7, 158 mukasurat (dwi warna: hitam & biru)


Harga: RM15.00


Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama terbitan
Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di 07-235 1602.


Ulasan ringkas:


Buku ini merupakan siri ketiga dalam empat siri yang saya susun khas dalam rangka
menjawab hujah-hujah Syi‘ah al-Rafidhah dalam bab kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.


Sebelum ini buku Siri Pertama (Jahabersa 2004) memberi
tumpuan kepada definisi Syi‘ah, sejarah kelahiran Syi‘ah dan strategi asas mereka dalam berhujah.


Siri Kedua (Jahabersa 2004)
membahas beberapa ayat al-Qur’an yang lazim mereka jadikan hujah untuk menetapkan hak khalifah kepada Ali dan Ahl al-Bait radhiallahu 'anhum.


Siri Keempat (Jahabersa 2005)
menerangkan keutamaan semua sahabat, khususnya Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali Radhiallahu 'anhum. Kemudian diikuti dengan penjelasan tentang beberapa kisah
sejarah yang dijadikan sumber fitnah oleh pihak Syi‘ah, bahawa kononnya para sahabat telah merampas hak khalifah daripada Ali.


Siri Ketiga ini,
yang keluar sedikit lewat disebabkan masalah teknikal percetakan, memberi tumpuan kepada hadis-hadis yang masyhur dijadikan hujah untuk menetapkan hak khalifah
kepada Ali dan Ahl al-Bait radhiallahu 'anhum. Hadis-hadis yang dimaksudkan ialah:


1. Hadis al-Ghadir: Barangsiapa aku adalah
Mawlanya maka ‘Ali adalah Mawlanya.


2. Hadis al-Tsaqalain: Sesungguhnya
aku meninggalkan kepada kalian apa yang jika kalian berpegang keadanya, nescaya kalian tidak akan tersesat: Kitab Allah (al-Qur’an) dan Ahl al-Baitku.


3. Hadis 12 Khalifah: Akan ada duabelas
khalifah sesudah aku….


4. Hadis al-Manzilah: Wahai ‘Ali,
kedudukan kamu di sisi aku sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa.


5. Hadis al-Safinah: Perumpamaan
Ahl al-Baitku kepada kalian adalah bagaikan kapal Nabi Nuh. Barangsiapa menaikinya pasti dia selamat, barangsiapa tidak menaikinya pasti dia tenggelam.


6. Hadis al-Dar: Sesungguhnya inilah
(Ali) saudaraku, wasiku (pelaksana wasiat) dan khalifahku pada kalian.


7. Hadis Madinah al-‘Ilm: Aku
adalah kota ilmu manakala ‘Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang hendakkan ilmu maka hendaklah masuk melalui pintunya.


Mana-mana rujukan Syi‘ah pasti tidak akan terlepas daripada mengemukakan ketujuh-tujuh
hadis di atas sebagai hujah bahawa kononnya Ali adalah khalifah yang hak sesudah kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ikutilah penjelasan tentang
darjat hadis-hadis tersebut, maksudnya yang sebenar dan bagaimana kekeliruan Syi‘ah dalam menjadikannya sebagai hujah.


Alhamdulillah, dengan itu lengkaplah buku bersiri saya yang menjawab Syi‘ah dalam persoalan
khalifah.


Buat masa ini, ada artikel saya yang disiarkan secara bersiri di dalam Majalah
I
(mulai edisi September) berkenaan pendirian para sahabat di sebalik Perang Jamal, Perang Siffin, pembunuhan Hasan dan juga
Husain
. Selama ini apa yang kita pelajari di sekolah dan buku-buku di pasaran adalah sejarah versi Syi‘ah. Ikutilah pula sejarah versi al-Qur’an
dan al-Sunnah yang sahih serta pejelasan para tokoh Ahl al-Sunnah tentang apa yang berlaku disebalik peristiwa-peristiwa fitnah tersebut.


Wassalam



Hafiz Firdaus Abdullah.