Assalamualaikum,

Saya benar-benar ingin mengetahui perkara yang selalu dilakukan oleh golongan yang kita kenali sebagai Tabligh di Malaysian ini. Barangkali soalan begini acapkali telah saudara lalui tetapi bagi saya kadang kala saya menjadi seolah-olah bingung seketika bilamana mereka mengatakan;

1.Bagi memantapkan Iman kita hendaklah mengikut tertib iaitu keluar bermujahadah selama 3 hari,40 hari dan seterusnya hingga ke 4 bulan. Mereka yang tidak keluar mengikut hari yang telah ditetapkan dianggap belum sempurna iman . Soalan saya,adakah pendapat ini benar?

Wassalam.

Jawapan HF:

wa'alaikumussalam warahmatullah,

Apa jua aliran akan memiliki orang-orang yang terbahagi kepada 3 kategori:

[1] Mereka yang taksub dan berlebih-lebihan.

[2] Mereka yang malas dan meremehkan.

[3] Mereka yang berada di pertengahan dan tidak bertindak melainkan berdasarkan ilmu yang benar.

Keluar selama 3 atau 40 hari bukanlah kewajipan agama dan bukan tanda kesempurnaan iman. Mereka yang berkata ianya wajib dan tanda kesempurnaan imam termasuk dalam ketegori pertama di atas - taksub dan berlebih-lebihan (extreme).

Keluar pada jumlah hari-hari tertentu (3, 40, 4 bulan)pada asalnya diusulkan oleh para tokoh jamaah tabligh sebagai cara untuk mendisiplinkan diri dalam aktiviti dakwah mereka, pada waktu yang sama untuk menyusun jadual tahunan/bulanan para ahlinya.

wassalam.