.

Asm
Semasa solat berjemaah ana sering memberi salam apabila selesai je imam memberi salam yang pertama (tidak menunggu imam memberi
salam yg kedua, boleh tak?

 Jawapan oleh Tuan Hasan Tuan Lah:

Wsm,

Boleh. Sebab ia bukan musabaqah atau muwafaqah. Yang dicela ialah 'almusabaqah' (berlomba dgn Imam) pada takbiratul Ihram atau salam yg pertama.


Dalil: (sabda) "Wahai manusia, aku adalah Imam kalian, maka jangan mendahului aku dalam ruku',sujud, berdiri dan salam." (Muslim 1.320 dari Anas)

Juga tercela ialah almuwafaqah (seiring atau sekata dgn Imam) ketika takbiratul ihram dan salam yg pertama.


Dalil: (sabda) "Sesungguhnya dijadikan Imam utk diikuti.. apabila dia (sudah) bertakbir, maka bertakbir..." (Muslim: 1/308)

Jelas dari hadis itu, perintah utk tidak sekata/seiring dgn Imam)