Sabda Nabi s.a.w.,

 

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.

Cukuplah seseorang itu dikatakan pendusta jika dia menceritakan setiap (hadis/berita) yang didengarnya.

(Shahih Muslim, no. 6/5)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. mengingatkan kita drpd sikap menceritakan setiap hadis atau berita yang didengar.

Ini kerana sesuatu hadis atau berita tersebut mungkin benar, mungkin palsu.

Namun jika semuanya terus diceritakan tanpa semakan terlebih dahulu, ia termasuk dalam kategori berdusta.

Justeru berdasarkan peringatan ini, hendaklah kita menyemak kesahihan sesebuah hadis atau berita sebelum menceritakannya.

Di zaman canggih masa kini, seseorang itu mungkin berniat baik untuk share atau forward hadis-hadis yang ditemuinya.

Namun hadis sahih di atas memberi peringatan bahawa ia bukanlah sesuatu yang baik.

Sebaliknya hendaklah disemak kesahihannya terlebih dahulu.

Jika ragu-ragu atau tidak pasti, hendaklah menahan diri drpd share atau forward.