Mutiara Doa: Sentiasa Mendapat Petunjuk.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya."

 

 

Beberapa pengajaran doa:

1.      Dalam pelbagai permintaan yang kita sampaikan kepada Allah dalam doa harian, jarang-jarang kita berdoa agar sentiasa berada dalam petunjuk Allah. Juga agar Allah memelihara kita dari terpesong ke dalam ajaran yang sesat atau ke arah agama lain.

2.      Maka doa di atas diajar oleh Allah di dalam al-Qur’an, Surah Ali Imran, ayat kelapan, agar kita sentiasa berada di bawah petunjuk Allah.

3.      Melalui doa ini juga kita meminta Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Rahmat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk umpama kebahagiaan, ilmu, kesihatan dan sebagainya.

Doa ini patut dibaca setiap hari, lebih baik sebagai doa lazim selepas solat fardhu.