Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa buku "Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu" edisi pdf telah dimuat naik. Sila lawati E-Buku Hafiz FIrdaus Abdullah untuk bacaan dan urusan muat turun.  

Semoga mendapat manfaat darinya, ameen.

 

Sedikit nota daripada penulis: 

Buku "Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu" yang akan terbit insya-Allah tidak saja ditujukan kepada pembaca yang minat dalam subjek poligami.

Ia ditujukan kepada semua pencinta ilmu. Antara yang akan meminatinya ialah mereka yang mencintai bidang hadis kerana di dalamnya terdapat:

- Kajian takhrij hadis: Menyemak hadis-hadis dha'if dan tiada asal usul yang disandarkan secara salah kepada kitab Shahih Muslim.

- Kajian sanad hadis: Menyemak hadis-hadis dha'if dan dha'if jiddan yang dijadikan hujah.

- Kajian matan hadis: Menyemak terjemahan hadis antara terjemahan yang dikemukakan dengan teks arab yang asal. Juga hadis yang dipotong-dipotong sehingga lari dari konteks asal apabila dibanding dengan teks penuh.

- Kajian fiqh hadis: Menyemak kandungan hukum yang terdapat di dalam sesebuah hadis dengan menggandingkan antara beberapa hadis dalam bab yang sama.


Semua ini dengan dua catatan tambahan:

- Kita berbaik sangka bahawa kesilapan-kesilapan dalam bidang hadis yang berlaku dalam novel Sebarkan Cinta-Mu bukanlah sesuatu yang disengajakan. Maka peranan buku Sebarkan Kebenaran-Mu adalah membetulkan kesilapan-kesilapan hadis terbabit.

- Buku Sebarkan Kebenaran-Mu juga tidak akan terlepas daripada kesilapan. Maka semakan dan kajian daripada para pembaca, khasnya peminat bidang hadis, amat dialu-alukan. 

~ Kapten Hafiz Firdaus Abdullah ~

 

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh