A’isyah radhiallahu 'anha menceritakan,

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ، يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالحِرَابِ، فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِمَّا قَالَ:

Pada Hari Raya, orang-orang kulit hitam bermain dengan perisai dan alatan perang mereka. (Aku tak ingat) sama ada aku yang meminta kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam atau baginda yang berkata kepadaku,

تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟

“Apakah kamu suka untuk menonton?”

فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي عَلَى خَدِّهِ، وَهُوَ يَقُولُ:

Aku menjawab, “Ya.” Maka baginda mendukung aku di belakangnya sehingga pipi aku bersentuhan pipi baginda, lalu baginda berkata,

دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ!

“Teruskan wahai Bani Arfidah!”

حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ، قَالَ: حَسْبُكِ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: فَاذْهَبِي.

Sehingga apabila aku telah bosan baginda bertanya: “Kamu sudah puaskah?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda berkata, “Jika begitu pergilah.”

[Shahih al-Bukhari, hadis no.: 897/950]

 

Beberapa pengajaran hadis:

* Boleh berhibur pada Hari Raya, asalkan hiburan itu adalah halal.

* Dalam riwayat lain dinyatakan peristiwa ini berlaku di Masjid Nabi, di Madinah. Menunjukkan bolehnya mempelbagaikan aktiviti di masjid.

* Suasana romantik antara Rasulullah dan isterinya. Meskipun berpoligami, ia bukanlah sebab untuk suasana rumahtangga yang keruh.

* Sebahagian ahli Sufi/Tasawuf menjadikan peristiwa ini sebagai dalil membolehkan zikir sambil menari.

Dijawab, bahawa tarian perang dilakukan atas tujuan menunjukkan ketangkasan, memberi semangat dan latihan peperangan.

Sangat jauh berbeza dengan tarian zikir yang dilakukan oleh ahli Sufi/Tasawuf kerana mereka melakukannya atas tujuan ibadah.

Yang pertama dibolehkan sementara yang kedua dilarang.

*Selamat Hari Raya Korban*