Anas bin Malik radhiallahu anh ialah pembantu Rasulullah s.a.w. yang selalu mendampingi baginda.

Beliau menceritakan bahawa,

 

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Doa yang paling banyak diucapkan Nabi s.a.w. ialah "Wahai tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada api neraka" (al-Baqarah 2:201).

(Shahih al-Bukhari, no. 5910/6389)

 

Dalam Shahih Muslim, no. 4855/2690, perawi menerangkan bahawa,

 

وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

"Ketika Anas hendak berdoa dengan sesuatu doa, maka dia senantiasa membaca doa tersebut. Dan ketika dia hendak membaca doa yang lain, maka dia selalu menyertakan doa tersebut".