Soalan: 

Bagaimana cara terbaik untuk mewujudkan suasana gembira ketika belajar kerana saya bosan melakukan rutin sebagai seorang pelajar IPT. Bantulah saya.

 

Jawapan:

Semua urusan yang dilakukan secara rutin akan membawa kepada kebosanan. Terpulang kepada individu untuk mengembira dan memotivasikan dirinya.

Apa yang boleh saya cadangkan ialah membuat sesuatu yang berlainan di samping belajar. Kelainan tersebut akan memberi nafas baru dan segar kepada anda. Sebagai contoh, saya telah bekerja sebagai seorang juruterbang lebih 20 tahun. Meski pun kerjaya ini dianggap menarik oleh orang ramai, ia sudah menjadi satu rutin bagi diri saya. Justeru bagi mengelakkan kebosanan, apa yang saya lakukan ialah mendalami bidang agama dan kemudian berkongsi ilmu agama melalui penulisan buku dan majalah.

Oleh itu sebagai seorang pelajar, jadikan suasana anda di IPT menarik dengan melakukan aktiviti lain di samping belajar. Apa yang sangat saya anjurkan ialah mengikuti program-program agama dan memainkan peranan menganjurkannya. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda akan dapat menguasai bidang agama juga.