Saya selalu menghadiri majlis-majlis agama dan saya perhatikan ada sesetengah jemaah membaca surah Yasin mahupun al-Qur’an secara cepat sehingga tersalah tajwid dan sebutan hurufnya. Apa pandangan ustaz?

Lyana Safiya Rashid, Skudai, Johor.

 

Jawapan:

Membaca al-Qur’an sepertimana yang digambarkan dalam soalan di atas adalah salah kerana Allah telah memerintahkan: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil [al-Muzammil 73:04] Membaca al-Qur’an dengan tartil bererti membaca dengan jelas kalimah-kalimahnya sambil memerhatikan disiplin hukum-hukum tajwidnya. Oleh itu hendaklah menasihati jemaah tersebut agar dia dapat mengubah dan membetulkan cara bacaannya.