Soalan: 

Bagaimana caranya orang yang sentiasa keluar air kencingnya ketika menunaikan solat?

Siti hajar, Bentong, Pahang.

 

Jawapan:

Pertama sekali, pastikan bahawa kencing tersebut benar-benar keluar. Ini kerana banyak orang hanya “terasa” kencingnya keluar, kerana was-was. Jika was-was, maka jangan diendahkan dan teruskan solat. Mohonlah perlindungan daripada Allah kerana was-was adalah mainan kegemaran syaitan.

Jika kencing benar-benar keluar, maka ia adalah satu penyakit yang dapat diqiyaskan kepada darah penyakit (darah istihadhah). Sabda Rasulullah berkenaan darah penyakit: Namun apabila darah itu lain (ciri-cirinya berbanding haid), maka berwudhulah dan kerjakanlah shalat, kerana itu hanyalah darah penyakit.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 247/286]

Oleh itu sebelum solat hendaklah berwudhu’. Dianjurkan memakai lampin agar air kencing tidak mengotorkan kain atau sejadah. Seterusnya solatlah seperti biasa meski pun air kencing keluar ketika solat. Wudhu’ dan solat tetap sah dan tidak perlu diulangi (qadha) jika telah sembuh kelak.