Soalan:

Saya dan tunang bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi. Saya ingin tahu, bagaimana dan bilakah waktu sesuai untuk melakukan solat sunat untuk pengantin baru?

Eizzati Safia, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

 

Jawapan:

Tahniah diucapkan. Solat sunat sempena pernikahan dilaksanakan dalam bentuk dua rakaat. Tidak perlu membaca apa-apa lafaz niat bagi solat ini mahu pun solat yang lain kerana Allah mengetahui apa yang berada di dalam hati anda. Boleh membaca apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, tidak ada petunjuk khusus daripada Allah dan Rasul-Nya untuk membaca surah tertentu.

Solat ini dilaksanakan sejurus selepas pernikahan. Tidak mengapa jika terlewat sedikit kerana sibuk dengan urusan walimah. Ia boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjamaah dengan isteri.