Soalan: 

Orang dulu-dulu ada beberapa kenan, petua dan pantang larang yang mereka percayai, umpama jangan menyapu rumah di waktu malam kerana ia bererti “menyapu rezeki keluar dari rumah”. Apakah hukumnya kita mempercayai petua serta pantang larang ini dan pelbagai yang lain?

Tasha, Alor Setar, Kedah.

 

Jawapan:

Pada zaman Rasulullah, di kalangan masyarakat ada yang menggunakan arah penerbangan buruk sebagai petua. Jika mereka keluar rumah dan nampak burung terbang ke arah kanan, mereka menyakininya sebagai petanda yang baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, mereka menyakininya sebagai petanda buruk lalu kembali ke rumah. 

Berdasarkan kepercayaan ini, Rasulullah bersabda: Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali). [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910]

Demikianlah juga dengan apa-apa kepercayaan yang lain, ia adalah syirik kerana kebaikan atau keburukan, rezeki yang lapang atau sempit, telah ditentukan oleh sesiapa selain Allah. Allah menyuruh kita mencarinya melalui cara-cara yang benar seperti berniaga dan bukannya dengan tidak menyapu rumah di malam hari.