Soalan:

Apakah aib seorang wanita?

Ida, Sepang.

 

Jawapan:

Aib ialah apa-apa keburukan yang ada pada seseorang. Aib ini boleh merujuk kepada kecacatan fizikal atau sikap yang buruk. Aib tidak sama pada semua orang, jenis dan kadarnya berbeza-beza di antara satu sama lain. Justeru tidak ada aib yang khusus bagi kaum wanita. Apa yang penting berkenaan aib ialah kita dilarang untuk menyelidik dan mencari-carinya, apatah lagi untuk menyebarkannya seperti umpat mengumpat. Allah berfirman kepada kita orang-orang yang beriman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.” [al-Hujurat 49:11]