Soalan: 

Apa hukumnya saya melakukan sedikit pembedahan plastik pada bibir? Ini kerana bibir saya di bahagian atas ada sedikit kecacatan. Saya tidak berniat untuk mengubah bentuk asal, tetapi ingin menampakkan bibir saya normal seperti orang lain. Saidah Sazali, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Islam sememangnya melarang umatnya dari mengubah ciptaan Allah yang sedia ada semata-mata untuk menambah kecantikan. Ini kerana pengubahan tersebut merupakan satu pembaziran dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Adapun mengubah kerana penyakit, kemalangan atau kecacatan, maka ia dibolehkan. Sebagai contoh, ada seorang sahabat Rasulullah bernama Arfajah bin As’ad yang tercedera hidungnya ketika peperangan. Maka Rasulullah menyuruhnya membuat hidung palsu yang diperbuat daripada emas [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3696/4232] Oleh itu boleh melakukan pembedahan plastik pada bibir supaya ia kelihatan normal.