April 2009 

“Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki maka Dia melakukannya”. [Shahih Muslim, no: 2664]

Beberapa pengajaran doa:

1.      Doa di atas dibaca apabila berlakunya sesuatu yang berlainan daripada apa yang kita rancang dan kehendaki. Doa di atas berasal dari hadis: “Jika menimpa kamu sesuatu hal, jangan berkata ‘seandainya aku lakukan ini pasti akan terjadi sekian-sekian”. Sebaliknya ucapkanlah ‘Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki maka Dia melakukannya”.

  

 2.      Doa ini dibaca terus apabila berlaku sesuatu yang berlainan daripada yang dirancang atau dikehendaki, lebih-lebih lagi jika yang berlaku itu adalah sesuatu yang dibenci.

3.      Dengan bacaan doa ini, seseorang itu akan redha menerima apa yang berlaku tanpa merungut secara berlebih-lebihan. Adapun rungutan yang sedikit, maka itu adalah kebiasaan manusia yang memang sukar dielakkan. Seterusnya diusahakan semula apa yang gagal atau diteruskan apa yang baru diterima kerana mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.