Soalan:  

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seorang itu mendapat Husnul Khatimah?

Johana Ayob, Pekan, Pahang.

 

Jawapan:

Husnul Khatimah bererti kematian yang baik, iaitu seseorang itu menemui ajalnya ketika melakukan sesuatu amal soleh yang selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Contohnya, orang yang meninggal dunia ketika sedang membantu orang lain, ketika sedang bersedekah atau ketika sedang membaca al-Qur’an.

Bagi mendapatkan Husnul Khatimah, kita hendaklah sentiasa melakukan amal soleh. Ini kerana kematian akan datang tanpa diduga dan jika kehidupan kita bercampur aduk antara amal soleh dan buruk, dibimbangi kematian datang dalam keadaan kita sedang melakukan sesuatu yang buruk.

Contoh amal buruk ialah tidak solat lima waktu sehari, derhaka kepada ibubapa dan menyebarkan fitnah di antara rakan-rakan.