Soalan:

Saya selalu solat pada awal waktu, sebaik sahaja kedengaran azan dari TV. Akan tetapi kadang-kala ketika sedang solat (di rumah) bilal di surau baru melaungkan azan. Saya keliru, adakah saya perlu berhenti solat atau teruskan sehingga habis?

Siti Mariam Abdullah, Simpang Renggam, Johor.

 

Jawapan:

Azan di TV adalah berdasarkan waktu solat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara azan di surau adalah berdasarkan waktu solat di kawasan tersebut. Waktu solat adalah berbeza-beza dari lokasi ke lokasi di sebabkan perbezaan kedudukan matahari. Oleh itu hendaklah mengikuti waktu solat berdasarkan azan di surau kawasan perumahan anda. Selain itu boleh juga rujuk kepada jadual waktu solat bagi daerah anda di portal JAKIM: http://www.e-solat.gov.my/web/ 

Merujuk kepada solat-solat yang telah didirikan sebelum ini, maka tidak perlu diulangi seandainya ia dilaksanakan sebelum azan di surau kawasan perumahan anda. Namun mulai sekarang, ikutilah waktu solat berdasarkan jadual waktu di portal JAKIM atau surau/masjid kawasan yang berhampiran dengan anda.