Soalan:

Bolehkah mandi wajib dengan mendahulukan mandi biasa, iaitu bersabun dan bersyampu sebelum melafazkan niat menyuci badan dari hadas? Dan bilakah kita harus meniatkan untuk mandi wajib itu?

Ain Atirah Mustapha, Alor Gajah, Melaka.

 

Jawapan:

Ya, boleh Mandi Wajib dengan cara demikian. Adapun niat, baik bentuk lafaznya atau waktu melafazkannya, maka ia bukanlah sesuatu yang diajar oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Niat ialah gerak hati tentang sesuatu yang akan dilakukan. Apabila seseorang itu ingin mandi wajib bagi membersihkan dirinya sesudah berhenti haid atau sesudah melakukan hubungan seks suami-isteri, maka itu sudah menjadi niat bagi dirinya. Dia tidak perlu melafazkannya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hatinya.