Soalan:

Ada pendapat mengatakan surah al-Fatihah mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding surah lain di dalam al-Quran. Soalan saya, bolehkah kita melebihkan satu surah atau ayat dan menganggapnya lebih besar, tinggi dan penting berbanding dari surah atau ayat lain?

Marini Mohd Salleh, Triang, Pahang.

 

Jawapan:

Seluruh al-Qur’an adalah istimewa dan memiliki kelebihan tersendiri. Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh memiliki keyakinan atau menganggap sesuatu surah adalah lebih istimewa berbanding yang lain. Dalam bab ini ada pengecualian, iaitu apabila Rasulullah sendiri yang mengkhabarkan keistimewaan tersebut dan pengkhabaran ini sampai kepada kita melalui hadis-hadis yang sahih. 

Merujuk kepada surah al-Fatihah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada seorang sahabat bernama Abu Sa’id al-Mu’alla: Sungguh saya akan mengajarimu tentang surah yang paling agung yang terdapat di dalam al-Qur`an sebelum kamu keluar dari Masjid… (iaitu surah yang bermula dengan) “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin”, ia adalah tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan (merupakan sebahagian daripada) al-Qur’an al-‘Azhim yang telah diwahyukan kepadaku. [Shahih al-Bukhari, no: 4114/4474] 

Terdapat beberapa hadis lain dan telah saya kemukakan dalam majalah Dara.com edisi April 2012. Sila rujuk di www.hafizfirdaus.com