Soalan:

Bolehkah saya gunakan kain ihram ayah saya yang bertahun-tahun saya simpan untuk dibuat selimut? Saya ada dengar, kain ihram tidak boleh digunakan sebarangan kerana ia ‘suci’ berikutan digunakan untuk menunaikan ibadah haji.

Siti Jawahir Shuhaimi, Kodiang, Kedah.

 

Jawapan:

Kain ihram adalah kain biasa yang berwarna putih. Ia digunakan sebagai pakaian ihram bagi kaum lelaki ketika umrah dan haji. Adapun sebelum atau sesudah umrah dan haji, ia boleh dimanfaatkan untuk apa jua tujuan lain.