Soalan:

Apakah hukum dan pandangan Islam berhubung pekerja Islam yang bekerja di kilang membuat patung? Disebabkan tiada pilihan dan kesukaran mendapat pekerjaan  lain, dia terpaksa mencari rezeki di situ.

Hasniah, Shah Alam, Selangor.

 

Jawapan:

Dalam sebuah hadis daripada Muslim bin Shubaih, dia berkata: Aku pernah bersama Masruq di sebuah rumah yang di dalamnya ada patung Maryam. Masruq berkata: “Ini adalah patung raja Kisra.” Aku katakan: “Bukan, tapi ini adalah patung Maryam.” Masruq berkata: “Aku mendengar Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang suka menggambar (sama ada melukis atau membuat patung).” [Shahih Muslim, no: 3944.

Oleh itu hendaklah mereka mencari kerja yang lain, yang halal di sisi Islam. Alasan sukar mendapat kerja adalah tidak benar, kerana bumi Allah ini amatlah luas untuk seseorang itu mencari rezeki di atasnya.