Soalan: 

Saya seorang gadis yang amat gemar memakai minyak wangi. Berdosakah saya memakai minyak wangi sekadar tidak mahu badan berbau?

Amirah Atira Fauzi, Kangar, Perlis.

 

Jawapan:

Seorang wanita dilarang daripada memakai minyak wangi (parfum) kerana dibimbang apabila berjalan di kalangan orang lelaki yang bukan mahram, syaitan akan membisik dalam dirinya agar merasa senang dan bangga dengan bau harum dirinya. Rasulullah bersabda: Jika seorang wanita memakai minyak wangi lalu sengaja lintas di antara orang ramai agar mereka mencium kewangiannya, maka dia (seolah-olah) berzina. [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 5036/5126]

Bagi menjaga badan daripada bau yang tidak baik, gunakanlah bahan pencegah peluh (anti-perspirant) atau pencegah bau badan (deodorant). Kedua-dua ini dibolehkan, malah termasuk dalam keumuman menjaga kerbersihan diri dalam Islam.