Soalan:

Saya pernah terlangkah ayat-ayat suci al-Quran (Yaasin) dengan tidak sengaja. Apakah hukumnya kerana saya amat takut akan menerima azab dari Allah?

Wanda, Bentong, Pahang.

 

 

Jawapan:

Allah bukanlah tuhan yang suka menghukum para hamba-Nya. Sebaliknya Allah sentiasa memberi ruang agar para hamba-Nya terlepas dari hukuman, antaranya dengan mengambil kira faktor kesengajaan atau tidak. Firman Allah: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]

Oleh itu tiada hukum atau dosa bagi anda yang secara tidak sengaja telah melangkah surah Yasin. Namun hendaklah berhati-hati supaya perkara ini berulang lagi.