Soalan : 

Apakah batas hubungan setelah bertunang? Tunang saya kerap kali mengajak saya ke arah maksiat dengan alasan kami akan berkahwin tidak lama lagi. Dia juga akan berjanji akan bertanggungjawab ke atas saya. Harap dapat diberikan nasihat dalam persoalan ini.

Nellyn, Johor Bahru, Johor.

 

Jawapan:

Pertunangan hanyalah perjanjian untuk bernikah pada satu tarikh tertentu, ia tidak menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita. Justeru batas hubungan setelah bertunang tetap sama seperti sebelum bertunang, iaitu tidak boleh bersentuhan, berdua-duaan (dating) mahupun bersembang manja. 

Jika tunang anda tidak memerhatikan hukum-hukum agama, maka dia menunjukkan tanda-tanda awal suami yang tidak shalih. Peringatkan dia akan hal ini dan tunjukkan ketegasan anda. Jika dia masih berdegil, putuskan pertunangan anda dengan dia. Jangan mengalah kepada pujukan atau janjinya kerana sudah ramai wanita lain yang menjadi mangsa akibat janji manis tunang mereka.