Soalan:

Apakah batal solat saya apabila kain telekung terselak sehingga menampakkan jari kaki?

Mimie, Sandakan, Sabah.

 

Jawapan:

Aurat yang terbuka secara tidak sengaja seperti ditiup angin, diselak anak kecil atau kerana pergerakan anggota badan tidak mengakibatkan dosa atau membatalkan solat. Ini kerana apa yang tidak disengajakan memang tidak dianggap salah dalam Islam sebagaimana firman Allah: “Kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab 33:05]