Soalan:


Apakah hukum, dalam keadaan marah kita melafazkan sumpah dengan nama Allah?

Majidah Ahmad, Baling, Kedah.

Jawapan:

Sumpah dalam keadaan marah termasuk dalam kategori sumpah yang tidak disengajakan. Ini kerana ketika marah, seseorang itu jarang-jarang dapat memikirkan kewarasan ucapan atau tindak-tanduknya. Dalam kes seperti ini sumpah tersebut tidak diambil kira dan tiada apa-apa hukuman dikenakan. Allah berfirman:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.” [Surah al-Maidah, ayat 89]