Mutiara Doa.

 

Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan.
Berikanlah kepada (Nabi) Muhammad wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda (di Hari Akhirat kelak) pada kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan.

 

 

Beberapa pengajaran doa:

  • Setelah kita mempelajari dalam edisi Dara.com yang lepas doa-doa di antara azan, maka berikut adalah doa yang dibaca apabila selesai azan.
  • Rasulullah bersabda, sesiapa berdoa selepas mendengar azan dengan doa di atas, maka dia berhak mendapat syafa’at baginda di Hari Akhirat kelak. [Shahih al-Bukhari, no: 579]
  • Dianjurkan juga membaca selawat ke atas Rasulullah di akhir doa di atas, iaitu: “Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 523] 
  • Setelah berdoa dengan doa di atas dan berselawat ke atas Rasulullah, maka bolehlah berdoa apa jua yang dikehendaki. Ini kerana tempoh di antara azan dan iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa. Rasulullah menekankan: Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah, oleh itu berdoalah (kalian). [Musnad Ahmad, no: 12584 dengan sanad sahih]