Soalan Apakah hukum membeli alat penjagaan muka yang mahal agar dapat menjadi cantik seperti artis? Adakah ia satu pembaziran? Azriena, Ketereh, Kelantan. Jawapan: Seandainya artis benar-benar cantik, nescaya mereka berani bergambar dan berlakon dalam keadaan baru sahaja bangun tidur. Seandainya alat penjagaan muka benar-benar berkesan, nescaya syarikat pembuatnya tidak perlu mengupah model-model tercantik untuk memperagakan produk mereka. Memadai dengan staf sendiri, lebih-lebih lagi ahli kimia yang mencipta produk itu, yang memperagakannya. Menghayati agama berdasarkan ilmu, menjaga kebersihan kulit, sering tersenyum dan gizi makanan yang baik mencukupi untuk menjaga dan menambah kecantikan muka anda.