Kata-kata Sambutan:
al-Syeikh Solih bin Fauzan bin ‘Abd. Allah al-Fauzan
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menghancurkan
kebatilan dengan kebenaran. Hakikatnya kebatilan itu sesuatu yang
menerima kebinasaan jua. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wa Ta’ala:
وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُۚ إِنَّ
ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا
Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang
lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang
salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
(Surah al-Isra: 17:81)
Selawat serta Salam ke atas Nabi kita Muhammad
sallallahu ‘alayhi wa sallam. Menerusinya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada
cahaya. Baginda meninggalkan umatnya di atas jalan cahaya yang tidak
melampauinya melainkan golongan yang menerima kebinasaan.
Antara hikmah (kebijaksanaan) Allah Subhanahu Wa Ta’ala
di mana Dia menguji golongan kebenaran dengan golongan kebatilan
supaya terhasil jihad. Ia sama ada menerusi senjata, penulisan serta
lisan bagi mempertahankan kebenaran serta penolakan kepada
kebatilan. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
وَلَوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡہُمۡ
وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَاْ بَعۡضَڪُم بِبَعۡضٍ۬ۗ
Demikianlah, sekiranya Allah menghendaki tentulah Ia membinasakan
mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia
(perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak sebahagian kamu
dengan sebahagian yang lain.
(Surah Muhammad: 47:4)
Di zaman mutakhir wujud golongan kebatilan yang bercakap
mengenai sesuatu yang mereka tidak fahami serta mengulangi kenyataan
golongan terdahulu yang menentang kebenaran. Namun golongan ini
tidak berupaya lantas mati dengan kemarahan memenuhi hati mereka.
Sehubungan ini golongan kebatilan mutakhir mengingini berpegang
teguh kepada tindakan golongan terdahulu dan membalas dendam serta
mengubati kemarahan mereka. Namun wujud golongan kebenaran yang
berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah serta memiliki
keperibadian kukuh dalam menyatakan penentangan terhadap kebatilan.
Insha Allah semestinya kesudahan ke atas golongan kebatilan
sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
أَلَمۡ نُہۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ,
ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ,
كَذَٲلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ,وَيۡلٌ۬
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu?
Kemudian kami akan iringi mereka dengan kaum-kaum yang datang
kemudian. Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa
(mereka datang silih berganti generasi demi generasi). Kecelakaan
besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan!
(Surah al-Mursalaat: 77: 16-19)
Di kalangan golongan kebatilan mutakhir yang dikalahkan ini ialah
individu bernama Hassan bin Ali al-Saqqaf. Dia memenuhi penulisannya
dengan kepalsuan dengan matlamat menyembunyikan kebenaran,
menyebarkan kebatilan dan menghidupkan tatacara yang memusuhi
kebenaran. Ini jelas dilihat pada kepalsuan penulisan dia yang
menentang akidah tauhid bertajuk: al-Tandid bi man ‘Addada
al-Tauhid: Ibtal Muhawalah al-Taslith fi al-Tauhid wa al-‘Aqidah
al-Islamiyah. Tindakannya ini menyamai tingkah laku
tukang-tukang sihir (al-Kuhhan) yang secara realiti memalukan
dirinya. Sekiranya dia mendiamkan diri ia lebih baik kepada diri
sendiri serta menutup kejahilannya. Namun Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ingin menyingkap golongan kebatilan serta menyatakan
kemenangan terhadap golongan kebenaran. Ini sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala:
يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ
بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ
وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan
cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
(Surah al-Taubah: 9:32)
Semoga Hassan bin Ali al-Saqaf mengambil pengiktibaran dari kejayaan
perjuangan golongan kebenaran terdahulu mengatasi golongan kebatilan
di zaman mereka.
Dalam konteks ini antara pejuang kebenaran mutakhir yang berjaya
menyingkap serta membasmi kebatilan dia ialah Dr ‘Abd. al-Razzaq bin
‘Abd. al-Muhsin al-‘Ibbad. Beliau berjaya mengemukakan fakta serta
penghujahan kukuh sehingga ternyata kepalsuan serta kejahilan Hasan
bin Ali al-Saqqaf. Hakikatnya pejuang kebenaran pasti mengatasi
pejuang kebatilan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa
Ta’ala:
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan.
(Surah al-Saafat: 37:173)
Daku telah meneliti bantahan al-Syeikh Dr ‘Abd. al-Razzaq terhadap
Hasan bin Ali al-Saqqaf dan mendapati ia merupakan bantahan yang
amat bernilai serta sesuai dengan maksud. Penulisan beliau dikuatkan
dengan penghujahan sahih serta mengikuti manhaj al-Salaf al-Solih
di kalangan ilmuwan serta mempunyai mata-hati (al-Basiroh).
Sehubungan ini Imam Ahmad rahimahullah pernah berkata:\
Segala
puji bagi Allah yang menjadikan di setiap zaman golongan ilmuan yang
mengikuti petunjuk rasul-rasul sehingga menerangi hati golongan buta
(mata-hati) serta menghidupkan dengan al-Qur’an golongan yang mati (mata-hati).
Mereka menentang menerusi al-Qur’an golongan kebatilan serta
pentakwilan golongan jahil.
Kenyataan
Imam Ahmad ini membenarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa
sallam yang bermaksud: “Kekal sekumpulan di kalangan
umatku di atas kebenaran. Tidak memberi mudarat kepada mereka
sesiapa yang meninggalkan mereka serta sesiapa yang menentang mereka
sehingga datang perintah Allah sedangkan mereka tetap (di atas
kebenaran).”
Semoga Allah mengurniakan ganjaran sebaik-baiknya kepada
al-Syeikh Dr ‘Abd. al-Razzaq dalam usahanya membantu kebenaran serta
membasmi kebatilan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada sesiapa
yang sesat sehingga kembali kepada jalan kebenaran. Selawat dan
Salam ke atas Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam
serta para sahabat baginda.
Solih bin Fauzan bin ‘Abd. Allah al-Fauzan
15/3/1414H
|