11
Memilih-milih Antara Mazhab
Di
akhir Bab 9 telah dinukil kata-kata Ibn
al-Shalah dan Ibn Taimiyyah yang membolehkan seseorang
itu, sekalipun dia bukan seorang mujtahid untuk
mengikuti hadis sahih yang ditemuinya dan meninggalkan
pendapat imam mazhab ikutannya. Dia juga boleh
mengikut pendapat imam mazhab yang lain jika hadis
sahih yang ditemuinya itu merupakan pendapat imam
tersebut. Subjek ini dibahas dengan lebih terperinci
di dalam Bab 10 dengan contoh meninggalkan
pendapat al-Syafi�e kepada pendapat al-Syaukani
dalam hukum berkumur-kumur dan menghirup air ke
dalam hidung ketika berwudhu�.
Soalan
yang timbul di sini adalah: Bolehkan seseorang
itu dalam sebahagian masalah mengikut pendapat
mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah lain
mengikut mazhab yang lain ? Bolehkan dia memilih-milih
dan mencampur-aduk antara beberapa mazhab fiqh
Islam ?
Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya
dinamakan talfiq.
Dari
sudut bahasa talfiq
bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau
membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan
untuk suatu berita atau cerita.
Ensiklopidi Islam menerangkan beberapa maksud talfiq
dalam
konteks mazhab-mazhab fiqh Islam:
1.
Menurut istilah para ahli fiqh, talfiq ialah mengikuti suatu hukum tentang suatu peristiwa dengan
mengambilnya dari pelbagai mazhab.
2.
Talfiq juga adalah sebutan
bagi seseorang yang dalam beribadah mengikuti
salah satu pendapat dari mazhab yang empat atau
mazhab lain yang popular tetapi ia mengikuti pula
mazhab yang lain dalam hal yang pokok atau salah
satu bahagian tertentu.
3.
Ada juga ulama' yang mendefinisikan talfiq sebagai mengikuti atau bertaqlid kepada dua atau lebih imam mujtahid dalam melaksanakan suatu amal ibadah sedangkan kedua-dua imam
yang bersangkutan tidak mengakui sahnya amal ibadah
tersebut kerana tidak sesuai dengan pendapat mereka
masing-masing.
4.
Ada juga yang mendefinisikan talfiq dengan beramal dalam suatu masalah menurut hukum yang merupakan
gabungan dari dua mazhab atau lebih atau menentukan
hukum suatu peristiwa berdasarkan pendapat pelbagai
mazhab.
Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang
hukum talfiq:
Pertama:
Tidak boleh melakukan talfiq. Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab sahaja.
Kedua:
Dibolehkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh
melakukan talfiq dalam kehidupan harian.
Ketiga:
Dibolehkan talfiq dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana
terdesak atau berkeperluan.
Pendapat yang benar dan sebab-sebabnya:
Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu
boleh melakukan talfiq
di dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana darurat atau terdesak. Sebab-sebabnya
adalah seperti berikut:
1.
Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat Islam
ialah kepada al-Qur�an dan al-Sunnah, bukan mazhab-mazhab.
Peranan mazhab ialah memudahkan orang awam untuk
mentaati al-Qur�an dan al-Sunnah. Justeru mengikuti
salah satu mazhab atau kedua-duanya atau kesemuanya
tetap akan membawa seseorang kepada ketaatan al-Qur�an
dan al-Sunnah.
2.
Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab Hanafi,
Maliki, al-Syafi�e dan Hanbali adalah berdasarkan
kepada al-Qur�an dan al-Sunnah. Mengikuti salah
satu daripadanya atau kedua-duanya atau kesemuanya
tidak mengeluarkan seseorang itu daripada ajaran
al-Qur�an dan al-Sunnah.
3.
Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, tidak
ada satu yang lebih betul daripada yang lain dan
tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang
lain.
4.
Jika dikaji sejarah kelahiran mazhab-mazhab
fiqh Islam, tujuan asal para imam mazhab ialah
menyampai dan memudahkan pengajian ilmu kepada
orang ramai. Orang ramai boleh memilih daripada
siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut tanpa
terbatas kepada seorang imam sahaja.
5.
Jauh sekali daripada tujuan asal para imam
mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran
mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah melarang
murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran mazhab
yang lain.
6.
Para tabi�in,
iaitu generasi umat yang menyusul sesudah generasi
sahabat, sering kali menjadikan ijtihad para sahabat
sebagai ikutan di samping al-Qur�an dan al-Sunnah.
Kebanyakan sahabat adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad di dalam persoalan-persoalan
yang baru timbul pada zaman mereka yang tidak
disentuh secara terperinci oleh al-Qur�an dan
al-Sunnah. Hasil ijtihad para sahabat digelar
sebagai mazhab mereka, justeru wujud pada zaman
tersebut Mazhab Ibn �Abbas, Mazhab Ibn Mas�ud,
Mazhab Ibn �Umar, Mazhab Hudzaifah bin Yaman,
Mazhab �Ali bin Abi Thalib, Mazhab A�isyah dan
puluhan lagi. Para tabi�in
tidak pernah membataskan ikutan mereka kepada
mazhab seorang sahabat sahaja dan para sahabat
juga tidak pernah membataskan para tabi�in untuk
mengikuti mazhab mereka sahaja. Setiap orang bebas
melakukan talfiq
kepada
mana-mana mazhab para sahabat.
7.
Para imam mazhab sendiri selain daripada
merujuk kepada al-Qur�an dan al-Sunnah, juga merujuk
kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para
imam mazhab, tidak pernah membataskan rujukan
mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja.
Analisa Pendapat.
Pihak yang melarang talfiq
sebenarnya tidak memiliki apa-apa dalil atau hujah
kecuali sangkaan dan imaginasi mereka sahaja.
Bagaimana mungkin dilarang talfiq padahal al-Qur�an dan al-Sunnah tidak pernah melarangnya ?
Sidang
penyusun Ensiklopidi
Hukum Islam
menulis:
Tidak
ada satu nas al-Qur�an atau Hadis yang menyatakan
bahawa talfiq dilarang.
Di samping itu Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam ketika
berhadapan dengan dua pilihan yang dibenarkan
agama selalu memilih yang paling mudah dan ringan
(HR-Bukhari, Tirmizi dan Malik).
Hal ini sejalan dengan dengan firman Allah Subhanahu
wa Ta�ala dalam surah al-Baqarah 02, ayat 185 yang
ertinya Allah
menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki
kesukaran bagi kamu. Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta�ala berfirman: Dan Dia (Allah) sekali-kali
tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. (Maksud surah al-Hajj 22, ayat 78).
Pihak yang melarang talfiq dalam
ertikata yang lain mewajibkan umat Islam mengikuti
satu mazhab tertentu sahaja. Ini adalah satu kewajipan
yang tertolak. Sa�id Ramadhan al-Buti menetapkan:
Permasalahan yang tidak diperselisihkan
�� (ialah) tidaklah menjadi suatu kewajipan bagi
seorang muqallid (pengikut mazhab) untuk mengikuti salah
satu mazhab tertentu dan tidaklah menjadi suatu
keharaman baginya untuk berpindah-pindah mazhab.
Begitu juga, telah menjadi kesepakatan kaum muslimin
bahawa seorang muqallid dapat memilih dan mengikuti salah satu
imam mujtahid jika diyakini tentang kebenaran
mazhab-mazhab mereka dan pendapat-pendapatnya,
seperti seorang yang berpindah-pindah kepada salah
satu daripada empat imam mazhab.
Maka seandainya sekarang ada yang melarang
untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah
masuk ke dalam kategori fanatik yang menyesatkan
yang telah menjadi kesepakatan kaum muslimin untuk
meniadakannya (tiada dalil untuk mengharamkan).
Suatu yang harus diketahui oleh seorang
peneliti, tidak ada perselisihan bahawa tidak
ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak
mengikuti satu mazhab sahaja atau berpindah-pindah
ke mazhab yang lain. Ertinya, tidak ada kewajipan
untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu,
demikian juga tidak ada larangan untuk terikat
kepada salah satu mazhab (sahaja).
Senafas dengan ini ialah ulasan
Yusuf
al-Qaradhawi:
Yang terpenting adalah, hendaklah engkau
mengetahui bahawa taqlid seorang awam kepada salah seorang imam
merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah
dan darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan
sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama�
kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun yang
wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur�an
dan al-Sunnah. Kenyataannya, kedua-dua sumber
tersebut tidak mewajibkannya.
Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi
seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab
tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama�
yang mudah dihubunginya berkenaan sesuatu masalah
yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada seorang
imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada
imam yang lain.
Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat
dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka pada
abad-abad terbaik umat ini. Allah telah menghindari
mereka daripada praktik taqlid
yang tercela ini (iaitu terbatas kepada satu imam
atau mazhab sahaja).
Orang yang paling penting diberi kebebasan
dalam menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya
ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh
sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan
oleh Allah Ta�ala, iaitu bertanya kepada mana-mana ulama�
yang mereka kehendaki. Juga sebaiknya untuk mereka
dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang
menjelaskan ajaran Islam tanpa terikat kepada
satu mazhab tertentu.
Lama sebelum itu Ibn Taimiyyah rahimahullah
telah
berkata:
Sesungguhnya yang diwajibkan ke atas manusia
hanyalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta
Ulil Amri yang diperintahkan ketaatan kepada mereka
oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
(
Wahai orang-orang yang
beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri�
dari kalangan kamu. [al-Nisa� 4:59]
Namun kewajipan untuk taat kepada mereka
(Ulil
Amri) hendaklah selari dengan ketaatan kepada
Allah dan Rasul-Nya tanpa boleh terbebas dari
itu sebagaimana firman Allah seterusnya:
Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
[al-Nisa 4:59]
Oleh itu apabila seorang Muslim menghadapi
masalah maka hendaklah dia meminta fatwa daripada
orang yang diyakininya akan berfatwa berdasarkan
syari�at Allah dan Rasul-Nya tanpa mengira daripada
mana-mana mazhab sekalipun. Tidak diwajibkan ke
atas seorang jua daripada kaum muslimin ini untuk
bertaqlid kepada seorang tokoh tertentu daripada
kalangan para ilmuan dalam setiap apa yang diperkatakan.
Tidak diwajibkan juga ke atas seorang jua daripada
kaum muslimin ini untuk membataskan dirinya kepada
mazhab tokoh tertentu sahaja selain daripada mazhab
Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam dalam setiap apa yang diwajibkan dan yang
dikhabarkan dengannya. Ini kerana setiap manusia
boleh diambil atau ditinggalkan perkataannya melainkan
Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam.
Seseorang yang mengikut mazhab tertentu
disebabkan dia tidak mampu untuk mengetahui hukum
syari�at selain daripada tempatnya,
maka apa yang dilakukannya itu termasuk tindakan
yang dibolehkan kepadanya. Ia tidak termasuk sebagai
satu kewajipan (sebagaimana yang diwajibkan) ke
atas setiap orang yang mampu mengetahui hukum
syari�at daripada metode dan kemudahan yang lain.
Sebenarnya (yang diwajibkan) ke atas
setiap individu ialah dia bertaqwa kepada Allah
sesuai dengan kesanggupan dia dan menuntut ilmu
tentang apa yang diperintahkan oleh Allah dan
Rasul-Nya kepada dia lalu dilaksanakan apa yang
diperintahkan dan ditinggalkan apa yang dilarang
(tanpa terbatas kepada perintah dan larangan yang
disampaikan oleh seorang tokoh atau satu mazhab
sahaja).
Demikian
juga, pihak yang mensyaratkan talfiq
hanya
dalam suasana terdesak atau berkeperluan sebenarnya
hanya berfikir dalam skala yang kecil seperti
status wudhu� ketika tawaf di Baitullah
dan
membayar zakat fitrah pada bulan Ramadhan. Padahal
jika benar faktor �terdesak� dan �berkeperluan�
merupakan syarat yang membolehkan talfiq,
ia
seharusnya dilaksanakan dalam skala yang lebih
luas demi kesatuan umat, toleransi hukum dan dinamisme
fiqh. �Abd al-Rahman I. Doi menulis:
Takhayyur
dalam bahasa fiqh bermaksud kebebasan seorang
Muslim untuk mengikuti ajaran mana-mana empat
Mazhab Islam yang sedia ada. Berlawanan bagi konsep
takhayyur
ialah taqlid,
iaitu mentaati secara buta ajaran sesuatu mazhab
tempat asal kelahiran seseorang itu. Dalam ertikata
lain, seorang yang lahir di bumi Hanafi wajib
bermazhab Hanafi sahaja dan seorang yang lahir
di bumi Maliki wajib bermazhab Maliki sahaja.
Apabila sahaja seseorang itu melakukan sesuatu
yang yang diluar dari lingkungan mazhab asalnya,
kebiasaannya akan timbul suasana kekecohan dan
orang mula menggelarnya sebagai Ghair
Muqallid, iaitu tiada ikutan / unorthodox.
Konsep takhayyur
bukanlah sesuatu yang baru. Yang pertama, tidak
wujud sebarang mazhab-mazhab pada zaman Rasulullah
shallallahu
�alaihi wasallam, empat Khalifah al-Rashidun dan para tabi�in. (Yang kedua),
malah para imam mazhab sendiri saling menyayangi
antara satu sama lain dan menerima perbezaan pendapat
sesama mereka dengan terbuka.
Maka
oleh itu dengan sebab apakah konsep takhayyur
tidak boleh diamalkan dalam umat Islam masa kini
? Sebagaimana kita tidak menggelar generasi awal
umat Islam sebagai �ghair muqallid�, kita juga tiada
punya hak untuk menggelar umat Islam masa kini
yang mengamalkan konsep takhayyur
sebagai ghair
muqallid (tiada ikutan).
Jika
konsep takhayyur dapat dijayakan, syari�ah
Islam akan lebih mudah diterima dan dipraktikkan
di seluruh dunia. Jurang perbezaan dapat dirapatkan
dan dengan itu konsep takhayyur
dapat mewujudkan banyak keutamaan serta kelebihan
kepada umat.
Keberhasilan
takhayyur akan memberikan suasana harmoni dan kemudahan terhadap proses
keadilan fiqh Islam kerana sememangnya pada hakikat
kebenaran, setiap imam-imam mazhab pada asalnya
tidak mempunyai sebarang tujuan lain kecuali kebaikan
dan kebajikan umat.
Justeru konsep takhayyur akan mengarah kepada
konsep talfiq,
iaitu mencampur dan menyelaraskan antara beberapa
ajaran dan pendapat mazhab asalkan ia tidak terkeluar
daripada batas-batas ajaran al-Qur�an dan al-Sunnah.
Takhayyur
dan talfiq
akhirnya akan dapat membawa kepada keperluan reform
dan pembaharuan dunia Islam masa kini.
Orang yang melakukan talfiq
di mana dalam sebahagian masalah dia mengikut
mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah yang
lain dia mengikut satu atau lebih mazhab yang
lain kerana kekuatan hujah mereka, dia tidak boleh
dikritik sebagai seorang yang �tidak tentu hala�,
�tiada mazhab� atau apa-apa kritikan lain yang
bersifat negatif. Sepatutnya tindakan dia dipandang
positif kerana sanggup melakukan analisa dan kajian
untuk mengikut pendapat yang terkuat berdasarkan
neraca ilmunya. Ibn Taimiyyah rahimahullah
mengulas hal ini secara panjang lebar:
Apabila seseorang pengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafi�e
atau Ahmad lalu ia melihat dalam sebahagian masalah
mazhab yang lain ternyata lebih kuat lalu dia
mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu
yang baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya.
Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan lebih dicintai oleh
Allah dan Rasul-Nya, shallallahu 'alaihi wasallam
berbanding seseorang yang taksub kepada tokoh
tertentu selain Nabi,
seperti orang yang taksub kepada Malik atau al-Syafi�e
atau Ahmad atau Abu Hanifah serta menganggap pendapat
tokoh tersebut adalah yang benar yang mesti diikuti
dan tidak boleh mengikut pendapat imam yang berbeza
(pendapat) dengannya.
Sesiapa yang melakukan sedemikian, dia adalah orang yang jahil,
sesat bahkan mungkin menjadi kafir. Ini kerana
jika dia mati dalam suasana beriktikad (berkeyakinan)
bahawasanya wajib ke atas manusia untuk mengikuti
seseorang tokoh tertentu di antara para imam serta
menyisihkan imam-imam yang lain, maka dia wajib
disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat
maka dia boleh dibunuh.
Apa yang boleh dikatakan dalam masalah ini ialah: Orang awam
boleh atau sebaiknya atau sewajibnya
mengikuti seseorang tokoh tanpa membatasi kepada
tokoh tertentu seperti si Zaid atau si Umar. Adapun
orang yang berkata seluruh manusia wajib mengikuti
si fulan si-fulan maka ini bukanlah perkataan
yang berasal daripada orang Muslim.
Barangsiapa yang mendokong para imam dan mencintai mereka dengan
mengikuti setiap seorang daripada mereka dalam
masalah yang nampak baginya sehaluan dengan sunnah
maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Bahkan
sikap sebegini lebih baik daripada sikap selainnya
dan tidak boleh dikatakan kepada dia orang yang
�tidak tentu hala� sebagai satu bentuk sindiran yang negatif.
Para imam agama, mereka berada di atas manhaj para sahabat,
radhiallahu
'alaihim ajma�in, yaitu bersatu padu dan bersepakat. Sekalipun
mereka berbeza pendapat di dalam sebahagian hal
furu� di dalam syari�at seperti thaharah, solat, haji,
hukum talaq, faraid atau selainnya, kesepakatan
mereka tetap menjadi hujah yang benar.
Maka sesiapa yang taksub kepada salah seorang tokoh daripada
kalangan para imam dengan menyisihkan yang selainnya,
maka dia seumpama golongan Rafidhah yang taksub kepada kepada �Ali (bin Abi Thalib)
dengan menyisihkan para khulafa� yang tiga
(Abu Bakar, Umar & �Utsman) serta majoriti
sahabat. Dia juga seumpama golongan Khawarij yang mengecam �Utsman dan �Ali radhiallahu
�anhuma. Maka yang demikian merupakan jalan Ahl
al-Bid�ah dan Ahl al-Ahwa� (orang yang mempertuhankan hawa nafsu) yang telah sabit di
dalam al-Kitab dan al-Sunnah serta Ijma� sebagai
orang yang tercela. Mereka terkeluar daripada
syari�at dan manhaj yang diturunkan oleh Allah
melalui Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam.
Justeru sesiapa yang taksub kepada salah seorang
imam maka dia sama seperti mereka, sama ada dia
taksub kepada Malik atau al-Syafi�e
atau Abu Hanifah atau Ahmad atau selain mereka.
Seburuk-buruk akibat bagi orang yang taksub kepada salah seorang
imam mazhab ialah dia menjadi jahil akan kemampuannya
di dalam ilmu dan agama serta tidak tahu akan
kemampuan orang lain sehingga akhirnya dia menzalimi
diri sendiri dengan kejahilan tersebut. Padahal
Allah menyuruh kepada sifat berilmu dan adil dan
melarang daripada sifat jahil dan zalim. Firman
Allah Ta�ala:
Dan
manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya
tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan kejahilan. Akibatnya Allah akan
menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta
orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang
lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan
yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat
orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang
perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:72-73]
Abu Yusuf dan
Muhammad (bin Hasan al-Syaibani) ialah dua orang
pengikut setia Abu Hanifah, bahkan termasuk orang
yang paling mengetahui pendapatnya (Mazhab Abu
Hanifah) di kalangan orang ramai akan tetapi kedua-dua
mereka seringkali tidak sependapat dengan Abu
Hanifah dalam banyak hal terutamanya apabila mereka
menemui dalil daripada al-Sunnah dan hujah yang
menjadi wajib ke atas mereka untuk mengikutinya.
Sekalipun demikian kedua mereka tetap menghormati
imam mereka (Abu Hanifah) dan ini tidak boleh
dikatakan sebagai �tidak tentu hala�.
Abu Hanifah dan para imam yang lain (apabila pada awalnya)
mengemukakan satu pendapat lalu kemudian mereka
menemui hujah lain yang berbeza dengan (pendapat
yang awal), maka mereka akan berpendapat dengannya
(pendapat yang baru). Tidak dikatakan kepada mereka
sebagai �tidak tentu hala.�
Ini kerana manusia sememangnya sentiasa berada di dalam suasana
pencarian ilmu dan iman, maka ketika jelas kepada
dia satu ilmu yang sebelum itu terselindung daripadanya,
dia akan mengikutinya dan ini tidak digelar sebagai
�tidak tentu hala.� Malah sebaliknya, orang yang
mencari petunjuk Allah akan diberi tambahan petunjuk
oleh-Nya. Firman Allah Ta�ala:
�Wahai
Tuhanku, tambahilah ilmuku.� [Taha 20:114]
Kewajipan setiap mukmin ialah membantu setiap mukmin yang lain
dan para ulama�, mencari kebenaran dan mengikutinya
di mana jua mereka menemuinya. Dan perlu diketahui
bahawa sesiapa yang berijtihad di kalangan mereka
(para imam) dan ia benar maka baginya dua pahala
manakala sesiapa yang berijtihad di kalangan mereka
lalu tersilap maka baginya satu pahala kerana
usaha ijtihadnya dan kesilapannya itu dimaafkan.
Termasuk kewajipan ke atas setiap mukmin ialah mereka mengikuti
imam mereka selagi mana mereka melakukan apa yang
selari dengan syari�at. Ini kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesungguhnya
diangkat seorang imam hanya untuk diikuti.
Sama ada imam mengangkat tangannya atau tidak mengangkat tangannya
(ketika solat) ia tidaklah merosakkan solat mereka
atau membatalkannya. Tidaklah di sisi Abu Hanifah
mahupun al-Syafi�e, Malik dan Ahmad, jika imam
mengangkat tangan (ketika solat) dan makmum tidak
mengangkat tangan, atau yang sebaliknya, bahawa
ia merosakkan solat seorang jua daripada mereka.
Demikian juga, jika seorang itu mengangkat tangan
pada sebahagian waktu kemudian tidak mengangkatnya
pada sebahagian waktu yang lain, ia tidaklah merosakkan
solatnya.
Oleh itu tidak
boleh bagi seseorang itu mengambil pendapat sebahagian
ulama� dan mewajibkan ikutan kepadanya serta melarang
pendapat yang lain selagi mana ia (pendapat yang
lain itu) selari dengan sunnah. Bahkan (tidak
boleh melarang) setiap pendapat yang selari dengan
sunnah yang amat luas ini, seperti permasalahan
azan dan iqamah: telah sabit di dalam Shahih al-Bukhari dan
Muslim daripada Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam bahawa baginda menyuruh Bilal (bin Rabah) melafazkan azan
secara genap dan iqamah secara tunggal. Namun
sabit juga di dalam Shahih
al-Bukhari dan Muslim bahawa baginda mengajar Abu Mahzurah melafazkan iqamah secara genap sepertimana azan.
Maka sesiapa yang melafazkan iqamah secara genap maka ia adalah
baik dan sesiapa yang melafazkan iqamah secara
tunggal maka ia adalah baik juga. Sebaliknya sesiapa
yang mewajibkan salah satu bentuk iqamah (tunggal
atau genap) dan mengharamkan yang bentuk lain
maka dia telah salah lagi tersesat. Demikian juga,
sesiapa yang mendukung orang yang melakukan salah
satu bentuk iqamah dan melarang yang lain maka
dia telah salah lagi tersesat.
��� Bab ini sebenarnya adalah ringan lagi mudah sehingga tidak
memerlukan fatwa berkenaannya. Ini kerana berpegang
teguh dengan jamaah dan persatuan umat termasuk
dalam salah satu prinsip asas agama sedangkan
hal-hal yang diperselisihkan (perbezaan pendapat
di dalam mazhab) tidak lebih hanyalah perkara
cabang yang ringan. Oleh itu kenapakah prinsip
jamaah dan kesatuan umat dirosakkan hanya semata-mata
kerana ingin memelihara sesuatu yang cabang ?
Dua Catitan Penting:
Pertama:
Memilih-milih antara ajaran mazhab (talfiq)
tidak boleh dilakukan semata-mata atas
alasan mencari yang mudah kerana ini bererti meremehkan
agama yang akhirnya akan menyebabkan dia terkeluar
daripada syari�at Islam. Ini kerana orang yang
mencari kemudahan hukum adalah mereka yang ingin
memuaskan kehendak nafsunya padahal nafsu adalah
sesuatu yang tidak pernah berpuas hati apabila
kehendaknya dituruti. Oleh itu orang yang melakukan
talfiq
kerana
mencari kemudahan hukum tidak akan berpuas hati
dengan kemudahan yang ditemuinya lalu dia terus
mencari-cari sehingga akhirnya dia menemui pendapat
termudah yang sebenarnya terletak di luar syari�at
Islam.
Contohnya ialah orang yang mencari-cari mazhab yang paling
mudah dalam konteks hukum dan syarat pembayaran
zakat tahunan. Dia akan terus mencari yang termudah
sehingga akhirnya menemui pendapat aliran modernis
yang mengatakan zakat tidak lain adalah cukai
yang biasa dikenakan oleh pihak pemerintah. Maka
dia mengikut pendapat aliran modernis ini yang
sebenarnya sudah jelas terkeluar daripada syari
�at Islam.
Orang yang hendak melakukan talfiq dengan
mengikuti satu atau lebih pendapat yang berada
di luar mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa
syarat berikut:
1.
Hendaklah dipastikan bahawa pendapat yang
bakal diikutnya itu benar-benar berasal daripada
salah seorang imam mujtahid atau tokoh yang muktabar.
2.
Berdasarkan kemampuan masing-masing, pendapat
yang bakal diikuti itu adalah berdasarkan kajian
dan analisa ilmiah agar ia menjadi pegangannya
yang yakin lagi mententeramkan hati.
3.
Jika pendapat yang bakal diikuti itu pada
zahirnya bersifat lebih mudah, dibolehkan mengikutinya
dengan tujuan menambah imannya, meneguhkan taqwanya
dan meningkatkan amalnya dalam rangka mentaati
dan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu
wa Ta�ala.
Kedua:
Tidak boleh melakukan talfiq dengan memilih-milih ajaran yang berasal daripada Mazhab
Syi�ah. Ini kerana Mazhab Syi�ah memiliki rujukan
dan kaedah pengambilan hukum yang berlainan dengan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama�ah.
Dibolehkan mengikut Mazhab Ja�fari (Ja�far al-Siddiq)
kerana beliau adalah salah seorang tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama�ah dan
beliau bukan tergolongan di dalam Mazhab Syi�ah
sekalipun pihak Syi�ah mendakwa yang sebaliknya.
Namun perlu disemak bahawa rujukan kepada Mazhab
Ja�fari benar-benar berasal daripada Ja�far al-Siddiq
kerana banyak ajaran beliau yang telah diubah
oleh pihak Syi�ah.
|