Antara Fahaman Wahabi dan Fenomena Murtad |
||
Tanggal 27 November 2006 genaplah setahun laporan muka utama akhbar Mingguan Malaysia
yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan
tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat
saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis
Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru,
2006. Namun ada dua kenyataan yang tepat dalam laporan tersebut. Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat,
bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman,
pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia. Kedua: Laporan
tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik
pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini ini membuktikan bahawa
fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang pelbagai
lapisan dan latarbelakang.
Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi. Jawapan saya mudah sahaja: Ia adalah pemikiran dan amalan Islam yang berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan pemikiran dan amalan masyarakat Malaysia. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi secara meluas mendapat tempat di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:
Secara
umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada
segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului
ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan
mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk
menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan
ilmu dan kematangan.
Fahaman
Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl
al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang
disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka
daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang
ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:
Sejak
beberapa bulan yang lepas, umat Islam Malaysia dikejutkan dengan fenomen
murtad. Tidak sekadar itu, ia dihangatkan dengan usaha pihak-pihak tertentu
yang ingin menukar perundangan negara bagi menghalalkan fenomena murtad. Semua
ini menyebabkan umat Islam tanah air daripada pelbagai lapisan bangun memberi
tumpuan kepada fenomena murtad. Pelbagai seminar, media cetak dan forum di
internet memberi tumpuan kepada fenomena ini secara meluas dan mendalam.
Saya
sendiri, sekadar termampu, turut mengikuti perbincangan berkaitan fenomena
murtad. Namun sekadar apa yang dapat diikuti, saya dapati tumpuan hanya
diberikan kepada menghukum orang yang murtad dan menjaga akta hukuman tersebut
agar ia tidak dimansuhkan atau diubah-suai. Saya rasa ada sesuatu lain yang
ketinggalan daripada perbincangan atau tumpuan tersebut.
Sebelum
saya menjelaskan apa yang “tertinggal”, izinkan saya memberi satu contoh
terlebih dahulu. Umpamakan sebuah kolej pengajian tinggi yang memiliki 1000
penuntut. Dalam peperiksaan akhir semester, 200 daripada penuntutnya gagal.
Dalam menghadapi fenomena kegagalan yang agak besar jumlahnya, adakah pihak
pengurusan kolej akan memberi tumpuan kepada menggugurkan para penuntut
tersebut atau memberi tumpuan kepada faktor yang menyebabkan para penuntut
tersebut gagal? Saya yakin para pembaca sekalian akan memilih jawapan yang
kedua. Adakah para pensyarahnya cuai? Adakah suasana bilik kuliah tidak
konduktif untuk belajar? Adakah buku-buku kuliah tidak mencukupi? Adakah soalan
peperiksaan terkeluar dari silibus? Adakah para penuntut itu sendiri memiliki
masalah peribadi yang mengganggu pembelajaran mereka? Dan begitulah seterusnya.
Ringkasnya dalam menghadapi fenomena kegagalan ini, kita sepatutnya memberi
tumpuan kepada persoalan “kenapa” gagal dan bukannya bagaimana “menghukum”
mereka yang gagal.
Kembali
kepada fenomena murtad, saya tidak menafikan kepentingan hukum dan status akta
hukuman tersebut dalam perundangan negara. Namun ada sesuatu yang saya rasa
turut memiliki kepentingan yang telah tertinggal daripada perbincangan mengenai
fenomena murtad. Iaitu: Kenapakah seseorang itu ingin murtad? Betulkan saya,
tetapi benarkah jika saya katakan persoalan “kenapa” murtad telah tertinggal
daripada tumpuan dan perbincangan tentang fenomena murtad?
Adakah
mereka ingin murtad kerana menganggap Islam adalah agama ciptaan manusia
sebagaimana agama lain? Kenapakah mereka tidak dapat melihat keindahan Islam
sehingga ingin murtad? Adakah mereka ingin murtad kerana selama ini diajar
Allah adalah tuhan yang suka menghukum dan mengazab? Adakah mereka ingin murtad
kerana selama ini dibebani dengan hukum-hukam yang pada asalnya tidak wujud
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah? Adakah mereka ingin murtad kerana mengganggap Islam
tidak lagi relevan untuk menangani isu-isu mutakhir? Adakah para muslimah ingin
murtad kerana menganggap Islam menzalimi mereka sebagai seorang wanita?
Kenapakah mereka ingin memilih agama-agama masa kini, iaitu isme-isme ciptaan
manusia dan meninggalkan agama yang diturunkan oleh Allah yang mencipta manusia
itu sendiri?
Demikian
beberapa persoalan yang patut diberi tumpuan dalam menangani fenomena murtad.
Memberi tumpuan kepada “hukum” murtad tidak akan menyelesaikan masalah yang
dihadapi, kerana mereka yang ingin murtad akan terus bertambah selagi mana
persoalan “kenapa” murtad tidak diberi tumpuan.
Mungkinkah
ada kaitan antara fahaman Wahabi dan fenomena murtad? Jika dikaji
persoalan-persoalan “kenapa” ingin murtad, akan diketahui bahawa fahaman yang
mampu menjawab persoalan tersebut adalah fahaman Wahabi. Ini bukanlah satu
kenyataan yang berlebih-lebihan. Banyak orang yang telah meningkat
penghayatannya tentang Islam kerana fahaman ini. Banyak orang yang telah
meningkat kecintaannya kepada Allah dan Rasulullah kerana fahaman ini. Banyak
orang yang telah sedar keunggulan Islam di atas pelbagai agama atau isme lain
kerana fahaman ini. Banyak orang yang telah menemui jawapan bagi persoalan yang
tersimpan dalam jiwanya sejak kecil melalui fahaman ini. Oleh itu jika kita
benar-benar ingin menangani fenomena murtad, hendaklah kita memberi tumpuan
kepada fahaman ini sebagai salah satu jalan penyelesaian.
Kepada mereka yang belum kenal fahaman Wahabi atau selama ini telah diperdaya dengan helah memburuk-burukkan fahaman Wahabi, maka sudah masanya anda bersikap adil kepada diri anda sendiri dan melakukan anjakan paradigma untuk mula mengkaji dan mengenalnya. Anda tidak perlu menggelar diri anda: “Saya seorang Wahabi”, tetapi bersiap-sedialah digelar “Wahabi” semata-mata kerana pemikiran dan amalan anda yang berdasarkan dalil dan hujah sudah berbeza dengan kebiasaan pemikiran dan amalan masyarakat. Kepada
mereka yang menakut-nakutkan orang ramai daripada fahaman Wahabi, ketahuilah
bahawa anda sebenarnya menghalang orang ramai daripada jalan Allah dan
menjadikan jalan tersebut seolah-olah bengkok lagi sesat. Orang seperti anda
telah disentuh oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Ketahuilah
(sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim! (Iaitu) orang-orang
yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan Allah dan berusaha
supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan Hari
Akhirat. Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada
menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka yang
lain dari Allah sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksa-Nya.
Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan Allah),
sehingga mereka tidak tahan mendengarnya dan tidak pula suka melihat
tanda-tanda kebenarannya. Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri dan
hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. Tidak syak lagi,
bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi pada Hari Akhirat kelak.” |
||
| © www.al-firdaus.com |