|
Kata Pengantar Pengarang: Syaikh Murad Syukri.
إن الحمدلله، نحمده ونستعينه ونستغفره،
ونعوذبالله من شرور أنفسنا، ومن
سيئات أعمالنا،
من يهده الله فلا مضل له، ومن
يضلل فلا هادي له.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك
له. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
[‘Ali Imran 3:102]
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan
kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada
diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga
yang membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan
- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
[al-Nisa 4:01]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam
segala perkara) supaya Dia memberi taufiq dengan
menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah
dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya
mencapai sebesar-besar kejayaan.
[al-Ahzab 33:70-71]
Ada pun sesudah itu:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama
orang-orang yang benar.
[al-Taubah 9:119]
Tidak ada sebarang perkataan
yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang
sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
[Qaf
50:18]
Dan jauhilah kata-kata dusta.
[al-Hajj 22:30]
Dan sesungguhnya orang yang
berdusta, tetap hampa dan kecewa.
[Ta-Ha 20:61]
Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung)
anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan daripada
Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Dan
demikianlah kami membalas orang-orang yang
mengada-adakan pembohongan.
[al-A’raaf 7:152]
Abi Bakrah radhiallahu 'anh menerangkan
bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ
الْكَبَائِرِ (ثَلاَثًا)؟
الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ
الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ (أَوْ قَوْلُ)
الزُّورِ.
وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ
فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى
قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ.
Mahukah aku khabarkan kepadamu sebesar-besar dosa
besar (diulang sebanyak tiga kali) (Ia ialah) syirik
kepada Allah, menderhakai ibu bapa dan memberi
penyaksian dusta (atau baginda berkata) berkata-kata
dusta.
(Abi
Bakrah berkata): Baginda ketika itu sedang duduk
bersandar, lalu baginda duduk tegak dan mengulangi
perkara di atas sehingga kami berkata alangkah
baiknya kalau baginda diam.
Ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang
memperkatakan tentang larangan dan kesalahan
berdusta sangatlah banyak lagi terkenal. Ia memberi
peringatan tentang bahaya melempar tuduhan palsu,
membuat penipuan dan akibat yang bakal ditanggung
oleh pembuatnya.
Pada masa kini banyak orang yang berdusta sehingga
ke tahap melontarkan fitnah ke atas seorang tokoh
daripada kalangan umat Islam. Tatkala saya mengkaji
fitnah-fitnah tersebut, terserlah segala pendustaan
dan pembohongan yang amat memalukan. Namun banyak
orang yang telah terperdaya dengan fitnah-fitnah
tersebut. Ini berlaku kerana mereka tidak memiliki
manhaj ilmu yang betul. Iaitu manhaj menyemak,
mendapat kepastian dan memperoleh gambaran yang
jelas tentang sesuatu masalah sebelum membuat
keputusan.
Ini menyebabkan saya merasa perlu mengusahakan
tulisan ini, sekadar menyampaikan kebenaran dan
membela seorang tokoh yang difitnah. Tulisan ini
bukan untuk memenangkan mana-mana pendapat tetapi
sekadar menerangkan segala pendustaan dan menyingkap
kejahilan (pihak yang menfitnah) sehingga lenyaplah
segala keraguan.
Buku ini akan menjadi saksi pada hari manusia semua
di bangkitkan di hadapan Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Sementara saat itu tiba, saya mengharap
doa (keampunan dan kebaikan) daripada para (pembaca)
mukminin yang ikhlas.
kandungan
|