|
Menjawab Fitnah Kesebelas:
Allah Menetap Di Atas Belakang Nyamuk
الاستقرار
على ظهر بعوضة
Sebahagian orang ada yang teruja apabila perkataan
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang menukil daripada
‘Utsman al-Darimi
yang berkata dalam kitabnya Radd ‘ala Basyr
al-Marisi:
Seandainya sesungguhnya Dia (Allah) kehendaki,
nescaya Dia boleh menetap di atas belakang nyamuk,
maka bersendirianlah (nyamuk) dengan kekuasaan Allah
dan kelembutan Rububiyyah-Nya. Maka bagaimana pula
di atas Arasy yang besar, lebih besar dari langit
dan bumi?
Pihak yang menukil kata-kata di atas sebagai sumber
fitnah telah melakukan dua pendustaan:
-
Dia berdusta dengan menyandarkan kata-kata di
atas kepada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
padahal ia adalah perkataan ‘Utsman bin Sa‘id
al-Darimi.
-
Apa yang dimaksudkan oleh al-Darimi dengan
kata-kata itu ialah Allah tidak berhajat kepada
Arasy. Allah Maha Kaya sehingga Dia tidak
memerlukan Arasy sebagaimana Dia tidak
memerlukan nyamuk, sebagai satu bentuk
perbandingan. al-Darimi menggunakan perkataan (لو)
yang bermaksud andaian yang pasti tidak berlaku.
Maka kata-kata al-Darimi tidak bermakna Allah
berkehendak untuk menetap di atas belakang
nyamuk atau tidak bermakna Allah memang menetap
di atas belakang nyamuk.
Berkenaan poin kedua di atas, berkata Syaikh
al-Islam Ibn Taimiyyah:
Sudah tentu menjadi kafir jika umat Islam
mengatakan: “Sesungguhnya langit dan bumi meneduhi
dan memayungi-Nya”, kerana perkataan sedemikian
menunjukkan Allah berhajat kepada makhluk-Nya (iaitu
langit dan bumi). Maka sesiapa yang berkata:
“Sesungguhnya Allah istiwa’ di atas Arasy,
(Allah) berhajat kepada Arasy seperti berhajatnya
barang yang dibawa kepada seorang pembawa,
maka sesungguhnya dia kafir. Ini kerana Allah Maha
Kaya (tidak berhajatkan) kepada apa-apa jua di alam
ini. Allah Berdiri dengan sendiri, Dia Maha Kaya
secara mutlak dan tiadalah segala sesuatu (di alam
ini melainkan) berhajat kepada-Nya.
kandungan
|