|
Menjawab Fitnah Kesepuluh:
Nabi Duduk Di Atas Arasy
إجلاس
النبي على العرش
Sebahagian orang menukil kata-kata Abu Hayyan
dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu
ungkapan yang berbunyi:
Saya telah membaca dalam kitab Ahmad bin Taimiyyah satu perkara yang kita lalui dan ia adalah dengan
tulisannya yang dinamakan Kitab al-Arasy.
Bahawa Allah Ta‘ala duduk di atas al-Kursi
dan Dia mengosongkan satu tempat untuk duduk
bersama-Nya di situ oleh Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam.
Fitnah ini dapat dijawab seperti berikut:
Pertama:
Masalah “duduk di atas al-Kursi” sebenarnya
bukan pendapat peribadi Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah tetapi pendapat yang dinukilnya daripada
Mujahid.
Kemudian, apa yang diungkap oleh Abu Hayyan adalah
daripada perkataan beliau sendiri kerana yang
disebut oleh Mujahid ialah al-Arasy dan
bukannya al-Kursi.
Seterusnya, Abu Hayyan hanya menyebut dia membaca
ungkapan tersebut dalam kitab Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah. Abu Hayyan tidak pula menerangkan konteks
perbincangan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, sama ada
beliau membincangnya dalam rangka menyokong, menolak
atau memperincikannya.
Kedua:
Perbincangan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang
sebenar adalah seperti berikut:
al-Qadhi Abu Ya'la
telah mengarang kitabnya Ibthal al-Takwil
untuk menjawab kitab Ibn Furak
yang sekali pun di dalamnya memiliki beberapa hadis
dan riwayat yang dijadikan sandaran, ia adalah hadis
yang maudhu’ (palsu). Contohnya ialah hadis
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat
Allah dengan mata kepalanya pada malam Isra' dan
Mikraj.
Juga sesetengah perkara yang diriwayatkan daripada
sebahagian generasi al-Salaf, seperti hadis
duduknya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
di atas Arasy. Sebahagian orang meriwayatkannya
melalui jalan periwayatan yang banyak dan
menghubungkannya kepada baginda, padahal kesemuanya
maudhu’. Hanya sahaja yang sabit (adalah
riwayat) daripada Mujahid dan selainnya daripada
kalangan al-Salaf (dan bukannya perkataan
Rasulullah).
Generasi al-Salaf dan para imam mereka
meriwayatkannya dan tidak mengingkarinya, bahkan
mereka menerimanya. Ada pula yang mengatakan:
Perkara seperti ini tidak disebut melainkan ia
bersifat tauqif (didiamkan). Akan tetapi
perlulah dibezakan antara lafaz yang sabit daripada
Rasul dan lafaz yang sabit daripada kata-kata orang
lain samada ianya diterima ataupun ditolak.
Maka perhatikan kata-kata Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah di atas. Maka dari manakah datangnya
pembohongan dan pemalsuan (yang dilakukan oleh Abu
Hayyan) ini?
Ketiga:
Riwayat Mujahid yang dimaksudkan, ia dikeluarkan
oleh Ibn Jarir al-Thabari
dan selainnya ketika menafsirkan ayat:
Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
(Wahai Muhammad) pada Hari Akhirat di tempat yang
terpuji. [al-Isra’ 17:79]
Diriwayatkan daripada Mujahid bahawa tempat terpuji
itu ialah “Didudukkannya bersama-Nya di atas Arasy”.
Keempat:
Persoalan duduknya Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam di atas Arasy, seandainya ia sabit –
dan yang benar adalah ia tidak sabit,
tidak ada kaitan dengan subjek nama-nama Allah dan
sifat-sifat-Nya. Seandainya sabit, maka menjadi hak
Allah untuk mendudukkan Rasul-Nya mengikut apa dan
bagaimana yang Dia kehendaki. Yang penting, Allah
istiwa’ di atas Arasy dengan cara yang layak
bagi-Nya tanpa penyerupaan dengan makhluk.
Kelima:
Saya telah menukil dalam kitab-kitab biografi bahawa
wujud permusuhan antara Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah dengan Abu Hayyan. Padahal telah sabit
dalam hadis yang sahih:
لاَ تَجُوزُ شَهَادَةُ خَائِنٍ وَلاَ خَائِنَةٍ وَلاَ
زَانٍ وَلاَ زَانِيَةٍ وَلاَ ذِي غِمْرٍ عَلَى
أَخِيهِ.
Tidak diperbolehkan saksi orang yang khianat sama
ada lelaki atau perempuan, tidak juga daripada orang
yang berzina sama ada lelaki atau perempuan, dan
tidak juga saksi daripada orang yang iri hati
terhadap saudaranya.
Maka penyaksian atau pengakuan Abu Hayyan dalam isu
ini adalah tertolak sejak dari awal.
kandungan
|