Index Pengantar Risalah:- 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11

Teringat zaman Italian Football109
Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

 

Saya teringat zaman di bangku sekolah. Ketika itu pada setiap hari Ahad jam 4 hingga 5 petang ada siaran Italian Football di TV3. Selagi boleh memang saya tidak akan ketinggalan kerana memang amat berminat dengan sukan bolasepak. Ketika menonton orang main bola, saya juga bersemangat untuk bermain sama, seolah-olah saya sendiri yang sedang mengejar dan menendang bola pada saat itu. Sebaik sahaja siaran berakhir, saya terus ke padang berhampiran bermain sehinggalah kedengaran azan Maghrib.

Saya rasa apa yang saya alami juga dialami oleh orang-orang lain yang minat sukan bolasepak dan menonton siarannya di kaca televisyen, sama ada siaran langsung atau rakaman. Saya yakin hal yang sama juga berlaku kepada mereka yang meminati sukan lain. Siapa yang meminati tenis atau badminton ketika menonton siaran di televisyen akan bersemangat untuk turun ke gelanggang bermain. Siapa yang meminati golf ketika menonton di televisyen akan tak sabar-sabar menunggu hari cuti untuk bermain dengan rakan-rakan. Siapa yang meminati lumba kereta Formula 1 ketika menonton siaran di televisyen akan bersemangat untuk berlumba di jalan-jalan awam dengan kereta Protonnya yang telah diubah suai dengan ekzos sebesar tin Milo.

Hal ini tidak terbatas kepada sukan yang ditonton di kaca televisyen sahaja. Seorang yang minat memasak, apabila menyelak-nyelak buku resepi masakan akan bersemangat untuk cuba memasak resepi baru yang sedang dilihatnya. Seorang anak muda yang sedang mengamati majalah fesyen terkini akan terbayang-bayang dirinya dalam pakaian serba canggih. Seorang eksekutif muda yang sedang membaca majalah perniagaan bulanan akan berangan-angan satu hari dia menjadi eksekutif yang berjaya dengan pejabat peribadi yang besar lagi indah dan kereta yang mewah.

Ringkasnya, jika seseorang itu minat sesuatu perkara lalu perkara itu pula dihidangkan di hadapannya, dia akan bersemangat dan teringin untuk melakukan atau mendapatkannya. Hanya terdapat satu perbezaan yang besar, orang itu akan mencari yang “sebenar” dan bukan sesuatu sekadar di televisyen atau majalah.

 

Ringkasnya, jika seseorang itu minat sesuatu perkara lalu perkara itu pula dihidangkan di hadapannya, dia akan bersemangat dan teringin untuk melakukan atau mendapatkan perkara tersebut. Hanya terdapat satu perbezaan yang besar, orang itu akan mencari yang “sebenar” dan bukan sesuatu sekadar di kaca televisyen atau majalah.

Sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap hari akhabar-akhbar harian melaporkan kes rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram. Kes-kes ini berlaku tanpa mengira umur, bangsa dan tempat kejadian. Dalam menghadapi krisis ini, beberapa pihak menyarankan agar pihak pemerintah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas perogol sehingga ada yang mencadangkan hukuman kasi. Pada waktu yang sama pihak pemerintah pula menyarankan pihak media memberi liputan yang lebih luas supaya masyarakat lebih prihatin terhadap gejala ini.

Kita hanya memberi tumpuan kepada “selepas ia berlaku” dan tidak kepada “sebelum ia berlaku.” Tumpuan kepada “sebelum ia berlaku” merujuk kepada mencari faktor yang menyebabkan seseorang itu ingin melakukan jenayah rogol.

 

Akan tetapi pada pemerhatian saya, kedua-dua langkah yang disarankan, sama ada hukuman yang berat atau liputan yang luas, masih memiliki kekurangan yang besar. Kekurangan tersebut adalah – kita hanya memberi tumpuan kepada “selepas ia berlaku” dan tidak kepada “sebelum ia berlaku.” Tumpuan kepada “sebelum ia berlaku” merujuk kepada mencari faktor yang menyebabkan seseorang itu ingin melakukan jenayah rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram. Apakah yang menyebabkan seseorang itu melakukannya?

Pada analisa saya, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan perkara-perkara keji tersebut adalah pendedahan kepada pelbagai senario wanita yang menampakkan anggota badan sambil memperagakannya dalam aksi yang panas lagi memberahikan. Perhatikan sahaja siaran-siaran Mtelevisyen, Channel V, Hitz televisyen. Demikian juga gambar-gambar dan iklan-iklan yang disiarkan dalam beberapa majalah dan tabloid tempatan seperti URtelevisyen, Jelita, Her World dan banyak lagi.

Cuba kaitkan senario ini dengan apa yang saya katakan di awal artikel ini. Jika seseorang itu meminat sesuatu perkara lalu perkara itu pula dihidangkan di hadapannya, dia akan bersemangat dan teringin untuk melakukan atau mendapatkan perkara tersebut. Hanya terdapat satu perbezaan yang besar, orang itu akan mencari yang “sebenar” dan bukannya sesuatu sekadar di televisyen atau majalah.

Tidak berlebihan jika saya katakan seorang lelaki yang menonton aksi-aksi wanita yang menampakkan anggota badan sambil memperagakannya dalam aksi yang panas lagi memberahikan akan terangsang untuk mendapatkan yang “sebenar” juga. Untuk mendapatkan yang “sebenar” ini, orang lelaki terbahagi kepada dua kategori, pertama adalah mereka yang “slow and easy” untuk mendapatkannya. Kedua adalah mereka yang “fast and rough” untuk mendapatkannya. Yang lazim mendapat liputan media adalah kes yang berlaku daripada kategori kedua. Kategori pertama jarang-jarang mendapat liputan media kerana kebijaksanaan orang lelaki tersebut dan kesedaran wanita yang menjadi mangsa bahawa pada asalnya dia sendiri yang “membuka” dirinya untuk menjadi mangsa kepada lelaki tersebut.

Oleh itu yang penting bukanlah sekadar laporan luas oleh media dan hukuman berat. Akan tetapi yang penting adalah tindakan semua pihak untuk memantau faktor-faktor yang bakal mengakibatkan kes rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram. Jika sebelum ini ada manhaj “Cegah Sebelum Parah”, maka manhaj yang seumpama harus juga diguna pakai untuk menghadapi kes rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram di negara kita.

Jika sebelum ini ada manhaj “Cegah Sebelum Parah”, maka manhaj yang seumpama harus juga diguna pakai untuk menghadapi kes rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram di negara kita.

 

Antara tindakan pencegahan yang perlu diambil oleh semua pihak ialah memantau semua siaran televisyen, gambar dan iklan yang dikemukakan oleh media elektronik dan cetak tempatan. Pencegahan ini tidaklah terhadap aksi-aksi bogel semata-mata tetapi juga meliputi aksi-aksi yang secara langsung atau tidak langsung memberahikan nafsu orang yang melihatnya. Selagi mana kita tidak memberi tumpuan kepada faktor penyebab, selagi itulah kita akan menghadapi pelbagai kes jenayah rogol, pencabulan seks dan sumbang mahram di mana-mana sahaja.

 

 



109: Risalah ringkas ini saya tulis pada ketika akhbar-akhbar tempatan memberi tumpuan mukasurat pertama kepada pelbagai kes rogol, pencabulan seks (sexual abuse) dan sumbang mahram yang berlaku di Malaysia.
© www.al-firdaus.com