Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah

(Buku 3)

 

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

Maklumat Buku

 

Indeks

 

kata pengantar

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salam dan Selawat kepada Rasulullah, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan semua generasi umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti mereka.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta‘ala Buku 3 dalam siri Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah telah berjaya diterbitkan. Ia memuatkan beberapa risalah atau artikel yang dipandang penting menyentuh isu-isu dan persoalan umat Islam semasa.

 

Sungguh, umat Islam masa kini dilanda dengan pelbagai isu dan persoalan yang memerlukan perbahasan yang tuntas terhadapnya. Sekalipun tidak dapat untuk merangkumi semua isu dan persoalan tersebut, sekurang-kurangnya melalui beberapa risalah yang ada dalam buku ini, ia dapat merangkumi sebahagian kecil daripadanya.

 

Saya mendoakan risalah-risalah ini dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada para pembaca sekalian. Seandainya ada apa-apa kekurangan, harap dapat dikemukakan terus kepada saya atau para penyumbang risalah melalui alamat e-mel masing-masing.

 

Tidak ketinggalan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang risalah. Didoakan agar Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberi mereka ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat.

 

Wassalamua‘alaikum warahmatullah

 

 

Hafiz Firdaus Abdullah

31 March 2005