|
Risalah #8
Peringatan Kepada
Para Penyebar Hadis Palsu
Mohd. |
|
Seakan-akan
menjadi satu
kelaziman bagi
sebahagian umat
Islam yang
apabila disebut
sahaja sesuatu
ucapan sebagai
‘hadis’ atau
‘al-Sunnah’
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam,
mereka terus
sahaja
menerimanya,
mengamalkannya
lalu
menyebarkannya
ke tengah-tengah
masyarakat.
Tidak dinafikan
bahawa usaha
menyebarkan
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
itu adalah satu
amalan mulia
yang amat
dianjurkan oleh
agama.
Lebih-lebih lagi
dalam suasana
umat Islam
ketika
ini yang
sememangnya amat
dahagakan ilmu
berkaitan hadis
atau al-Sunnah
baginda
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Namun apa yang
menjadi
permasalahan di
sini adalah
apabila hadis
yang disampaikan
itu tidak
diperhatikan
terlebih dahulu
statusnya,
apakah ia
sesuatu yang
benar-benar
berasal daripada
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
sebagaimana
menurut
penilaian para
ahli hadis atau
sekadar
perkataan yang
disandarkan
secara dusta ke
atas nama
kemuliaan
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Dalam artikel
ini penulis akan
menjelaskan
kepada sidang
pembaca akan
beberapa bahaya
perbuatan
menyebarkan
hadis palsu,
dengan
dilandaskan
kepada hujah
daripada
ayat-ayat suci
al-Qur’an
al-Karim dan
al-Hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih serta
penerangan para
ulama muktabar
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah.
Mudah-mudahan
dengan
penjelasan ini
sedikit-sebanyak
akan
membangkitkan
kesedaran kita
semua agar tidak
terjebak kepada
perbuatan
menyebarkan
hadis-hadis
palsu yang
pastinya akan
mengheret
pelakunya ke
lembah bahaya
sebagaimana yang
akan dihuraikan
sebentar nanti.
¯
Peringatan Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
akan
kemunculan
golongan
pendusta.
Tidak diragukan
lagi bahawa
penciptaan dan
penyebaran
riwayat-riwayat
dusta yang
disandarkan ke
atas nama
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
– atau lebih
tepat dikenali
sebagai jenayah
pemalsuan hadis
– bukanlah satu
perkara yang
asing dalam
lembaran sejarah
umat Islam.
Malah fenomena
ini telah pun
dikhabarkan
sendiri oleh
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
menerusi
hadisnya sejak
1400 tahun yang
lampau.
Ini sebagaimana
sabdanya dalam
hadis berikut
yang berbunyi:[1]
Akan ada pada
akhir zaman
umatku
sekumpulan
manusia bersifat
seperti dajjal
dan pendusta
yang memberitahu
kamu tentang
hadis yang kamu
tidak pernah
mendengarnya dan
juga tidak
pernah didengari
oleh bapa-bapa
kamu. Janganlah
mereka mendekati
kamu dan
janganlah kamu
mendekati
mereka.
Janganlah mereka
menyesatkan kamu
dan menjatuhkan
kamu ke dalam
fitnah.
Sesungguhnya
sabda Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
di atas
mengandungi
mukjizat ilmiah
yang besar di
mana perkhabaran
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
mengenai
kemunculan
golongan
pendusta yang
sengaja mereka
cipta pelbagai
riwayat atau
hadis palsu itu
benar-benar
wujud selepas
kewafatan
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Ini
jelas terbukti
apabila kita
menyaksikan
wujudnya
pelbagai kitab
yang dikarang
oleh para ilmuan
Islam yang
mendedahkan
pelbagai riwayat
atau hadis palsu
yang muncul dan
berlegar-legar
di tengah-tengah
masyarakat umat
Islam. Prof. Dr.
H.M Syuhudi
Ismail
menjelaskan
hakikat ini
dengan katanya:[2]
Penelitian
terhadap
periwayatan
hadis menjadi
sangat penting
kerana
sebahagian dari
apa yang
dinyatakan oleh
masyarakat
sebagai hadis
Nabi, ternyata
setelah diteliti
dengan saksama,
pernyataan-pernyataan
yang dikatakan
sebagai hadis
Nabi, ternyata
menurut hasil
penelitian,
pernyataan-pernyataan
itu sama sekali
tidak memenuhi
syarat untuk
dikatakan
sebagai hadis
Nabi.
Dalam
ilmu hadis,
pernyataan-pernyataan
itu disebut
sebagai hadis
palsu.
¯
Apakah yang
dimaksudkan
dengan berdusta
ke atas Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam?
Secara umumnya
berdusta ke atas
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
bermaksud
seseorang yang
menyandarkan
sesuatu ke atas
nama Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
apa yang tidak
berasal daripada
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
(676H) menyebut
di dalam
kitabnya,
al-Adzkar
bahawa dusta
bermaksud:[3]
Ketahuilah!
Sesungguhnya
menurut mazhab
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama'ah
bahawa dusta itu
ialah:
Mengkhabarkan
tentang sesuatu
yang
berlainan/berbeza/menyalahi
keadaannya. Sama
sahaja, apakah
engkau lakukan
dengan sengaja
atau kerana
kebodohanmu
(iaitu tidak
sengaja). Akan
tetapi tidak
berdosa kalau
kerana kebodohan
dan berdosa
kalau dilakukan
dengan sengaja.
Oleh itu berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dapat ditakrifkan sebagai: Menyandarkan sesuatu kepada baginda baik berupa perkataan (qaul) atau perbuatan (fi'li) atau taqrir (iaitu persetujuan beliau atas perkataan atau perbuatan sahabat) dan segala sesuatu yang disandarkan kepada baginda dengan cara berbohong atas nama baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.
Sama sahaja,
apakah untuk
masalah-masalah
hukum,
at-Targhib
dan at-Tarhib,
keutamaan amal (Fadhail
al-A'mal),
nasihat, tafsir
atau Tarikh
(sejarah) dan
lain-lain.
Semuanya adalah
haram termasuk
berbohong atas
nama Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
sebagaimana
penjelasan
al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
di atas.
Asmawi Haji
Ehsan menerusi
buku beliau yang
berjudul Ilmu
Hadith: Hadith
Sebagai Sumber
Hukum Islam
menjelaskan:[4]
Berdusta
bermaksud
seseorang perawi
itu didapati
pernah melakukan
pendustaan
kepada
Rasulullah
dengan
meriwayatkan
sesuatu
bersandarkan
bahawa
Rasulullah
dikatakan pernah
berkata atau
melakukan
perbuatan yang
disebutkannya
sedangkan pada
hakikatnya,
baginda tidak
mengatakan atau
melakukannya.
Seseorang perawi
itu apabila
telah disabitkan
pernah melakukan
pendustaan
seperti itu,
tidak akan
diterima lagi
periwayatannya
buat
selama-lamanya
walaupun dia
melakukannya
hanya sekali
dalam hidupnya
dan telah
berubah serta
bertaubat atas
perbuatannya
itu.
Kebanyakan para
perawi hadis
seperti ini akan
mereka (cipta)
hadis yang
paling baik
sekali dengan
gaya bahasa yang
(biasa)
digunakan oleh
Nabi.
Adakalanya,
mereka mengambil
kata-kata ulama
dan mendakwa itu
adalah hadis
Nabi atau
mengubahsuai
perkataan
tersebut
mengikut
kehendak mereka.
¯
Siapakah yang
dimaksudkan
berdusta ke atas
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam?
Ringkasnya,
siapa jua yang
memiliki salah
satu atau lebih
daripada
ciri-ciri
golongan di
bawah ini, maka
dia termasuk
dalam kalangan
mereka yang
berdusta ke atas
nama Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Antaranya ialah:
Golongan
pertama:
Para pereka
hadis palsu.
Mereka ialah
orang yang
bertanggungjawab
mencipta sesuatu
riwayat palsu
sama ada berupa
ucapan (qauli),
perbuatan(fi’li)
mahupun
pengiktirafan
atau persetujuan
(taqriri)
ke atas sesuatu
perkara lalu
menyandarkannya
kepada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Padahal
hakikatnya
baginda tidak
terkait sedikit
pun dengannya.
Golongan kedua:
Para penyebar
hadis palsu.
Mereka ini
bukanlah orang
yang pertama
mencipta sesuatu
riwayat atau
hadis palsu yang
disandarkan
kepada Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
sebagaimana yang
telah disentuh
dalam poin di
atas. Akan
tetapi mereka
ialah golongan
yang berperanan
aktif di dalam
menyebar atau
menyampaikan
hadis-hadis
palsu kepada
orang ramai.
Syeikh al-Albani
rahimahullah
yang merupakan
salah seorang
ahli hadis
terkemuka di
abad ini
menjelaskan di
dalam kitabnya,
Tamamul
Minnah:[5]
Orang yang tidak
mengetahui
kelemahan hadis
(tetapi
menyebarkannya
kepada orang
ramai) termasuk
berdosa juga
kerana dia
menisbahkannya
kepada Nabi
tanpa didasari
ilmu. Nabi
bersabda
(maksudnya):
Cukuplah
kebohongan
seseorang dengan
menceritakan
setiap yang dia
dengar.
Sehingga dia
mendapat
bahagian dari
dosa
berdusta
kepada
Rasulullah.
Sebagaimana
dijelaskan oleh
baginda bahawa
orang yang
menceritakan
setiap apa yang
didengarnya
termasuk orang
yang
menuliskannya –
tidak diragukan
lagi jatuh pada
tindakan
berdusta atas
diri Rasulullah.
Tindakan itu
menyebabkan dia
termasuk salah
satu dari dua
pendusta,
(pertama) orang
yang mengada-ada
atau (kedua)
orang yang
menyebarkannya
(ke atas nama
Nabi).
Ibnu Hibban
(1/9) berkata:
Dalam berita ini
ada larangan
seseorang
menceritakan
setiap apa yang
didengarnya
sehingga dia
meyakini
kebenarannya.
(al-Imam)
al-Nawawi
menjelaskan
orang yang tidak
mengetahui
kelemahan suatu
hadis tidak
dibenarkan
menjadikannya
sebagai hujah
sebelum
melakukan
penelitian dan
pengkajian
secara cermat
jika ia mampu,
atau bertanya
kepada ahlinya
(iaitu mereka
yang pakar dalam
bidang hadis)
jika dia tidak
memiliki
kemampuan (untuk
berbuat
demikian). Lihat
(kitab)
at-Tamhid
dalam
pendahuluan
adh-Dha’ifah,
ms. 10-12.
Sehubungan
dengan ini,
al-Imam
at-Tirmidzi
rahimahullah
menukilkan
nasihat al-Imam
asy-Syafie
rahimahullah
sebagaimana yang
telah beliau
terangkan di
dalam kitabnya
Sunan
at-Tirmidzi
setelah
membawakan hadis
no. 2666:
Berkata
(al-Imam)
asy-Syafie: Jika
hadis sudah
engkau ketahui
dusta (palsu)
kemudian engkau
sampaikan (iaitu
sebarkan kepada
orang lain),
maka engkau
termasuk para
pendusta.
Pengecualian
diberikan kepada
mereka yang
menyebarkan
hadis-hadis
palsu dalam
rangka
menjelaskan
kepalsuannya
kepada orang
ramai agar
mereka dapat
mengetahui
bahawa ia adalah
sesuatu yang
tidak berasal
daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Ini sebagaimana
yang disarankan
sendiri oleh
Syeikh Muhammad
Syakir
rahimahullah
menerusi
kitabnya
al-Ba’ith
al-Hadith,
beliau berkata:[6]
Saya berpendapat
menjelaskan
kelemahan hadis
dhaif
adalah wajib
dalam segala
keadaan, kerana
jikalau tidak
dijelaskan ianya
akan memberi
andaian kepada
para pembaca
bahawa ianya
adalah suatu
hadis yang sahih
(daripada
Nabi).
Sehubungan
dengan hal ini,
al-Imam Ibnu
al-Shalah
rahimahullah
(643H)
menegaskan di
dalam kitabnya,
‘Ulum
al-Hadith,
ms. 98:
Tidak halal bagi
sesiapa yang
mengetahui ia
hadis palsu
meriwayatkannya
dalam apa bentuk
sekalipun.
Melainkan
disertai dengan
menerangkan
kepalsuannya.
Senada dengan
ucapan al-Imam
Ibnu al-Shalah
rahimahullah
(643H) di atas
ialah Syeikh
Muhammad bin
Muhammad Abu
Syahbah
rahimahullah
di mana beliau
menulis di dalam
kitabnya yang
berjudul
al-Wasit fi
‘Ulum wa
al-Musthalah
al-Hadith,
ms. 321:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dengan apa perkara sekali pun. Melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, fadhail (kelebihan-kelebihan amalan), at-Tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat), at-Targhib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang
meriwayatkan
tanpa
keterangan,
bererti dia
telah melakukan
dosa yang besar
dan termasuk
dalam senarai
pendusta. Ini
berasaskan
(kepada) apa
yang
diriwayatkan
oleh al-Imam
Muslim dalam
Muqaddimah
kitab Shahihnya
bahawa
Rasulullah
bersabda (yang
bermaksud):
Sesiapa
yang menyebut
hadis daripadaku
sedangkan dia
menyangka ia
dusta, maka dia
termasuk salah
seorang
pendusta.
Golongan ketiga:
Mereka
yang sengaja
menyebarkan
sesuatu hadis
palsu akan
tetapi tidak
menjelaskan
kepalsuan hadis
yang disampaikan
oleh mereka.
Padahal mereka
sendiri
menyedari akan
kepalsuan hadis
tersebut.
al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
menulis di dalam
kitabnya
Syarh Shahih
Muslim:[7]
Barangsiapa yang
meriwayatkan
hadis maudhu
dengan
pengetahuannya
dan
persangkaannya
yang lebih kuat,
kemudian tidak
menerangkan
tentang keadaan
riwayat
tersebut, maka
dia termasuk
dalam ancaman
hadis ini,
dikategorikan
dalam jajaran
para pendusta
atas nama
Rasulullah.
Golongan
keempat:
Mereka yang
membawakan
sesuatu hadis
yang sahih
menurut
penilaian para
ahli hadis akan
tetapi mereka
mentafsirnya
kepada sesuatu
yang menyelisihi
maksud dan
tujuan asal
hadis itu
disabdakan oleh
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Mudah kata, apa
yang baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
maksudkan, lain
pula yang mereka
tafsirkan.
Perkara ini
lazim berlaku
kepada mereka
yang tidak mahu
meneliti syarah
para ulama ke
atas hadis-hadis
yang mereka
sampaikan kepada
orang ramai,
sehingga
akhirnya mereka
mengeluarkan
tafsiran yang
salah daripada
hadis-hadis
tersebut.
Golongan kelima:
Mereka yang
menyebarkan
sesuatu hadis
dan
menganggapnya
sebagai sahih
dengan hanya
berdasarkan
kepada syak atau
sangkaan sahaja
tanpa terlebih
dahulu melakukan
kajian ilmiah
mengenai
kedudukan
sebenar status
hadis tersebut.
Persoalan ini
akan penulis
sentuh secara
terperinci dalam
perbahasan yang
selanjutnya.
Insya’ Allah.
¯
Beberapa
implikasi
negatif di
sebalik
penciptaan dan
penyebaran
hadis-hadis
palsu.
Suatu hal yang
tidak dapat
diragukan lagi
bahawa
kemunculan
hadis-hadis
palsu dalam
masyarakat
Islam, bermula
sejak awal
kemunculannya
sehinggalah ke
saat ini, telah
pun meninggalkan
pelbagai
implikasi
negatif ke atas
agama dan
ketamadunan umat
Islam. Di antara
kesan negatif
yang paling
ketara akibat
daripada
penciptaan dan
penyebaran
hadis-hadis
palsu secara
berleluasa ini
adalah
berpecahnya umat
Islam kepada
pelbagai aliran
dan fahaman
sebagaimana yang
dapat kita
saksikan ketika
ini.
Lebih jauh dari
itu, hadis-hadis
palsu ini juga
telah
menyebabkan
lahirnya
pelbagai fahaman
dan amalan
bid'ah yang
merupakan faktor
terpenting yang
membawa kepada
keruntuhan
asas-asas agama
sekaligus
memusnahkan
kegemilangan
ketamadunan
Islam
sebagaimana yang
pernah diraih
suatu ketika
dahulu.
Dalam konteks
ini, al-Marhum
Muhammad Rashid
Reda
rahimahullah
menulis di dalam
kitabnya
at-Ta'rif bi
al-Kitab
al-'I'tisham,
ms. 3-4:[8]
Ulama sains
sosial, ahli
politik dan
pakar sejarah
pelbagai bangsa
bersepakat
bahawa bangsa
Arab bangkit
mencapai
kemajuan dan
kegemilangan
terakhir mereka
kerana kesan
daripada ajaran
Islam yang
menyatupadu dan
memperbaiki
keadaan diri dan
kelakuan (jahiliyah)
mereka. Tetapi
ramai yang tidak
bersepakat dalam
menentukan
faktor kejatuhan
umat Islam
selepas
kebangkitan,
sehingga ada
yang meletakkan
kesalahan itu
pada agama.
Sedangkan
kata-kata orang
berilmu
menetapkan
bahawa agama
yang pernah
menjadi faktor
kebaikan dan
perubahan tidak
mungkin (di satu
masa) akan
menjadi faktor
kemusnahan dan
kelemahan,
kerana faktor
yang sama tidak
akan
menghasilkan
kesan yang
berbeza.
Jika
benar ajaran
Islam memberi
kesan kemunduran
kepada generasi
terkemudian,
maka yang
demikian itu
pastinya bukan
(berasal) dari
ajaran Islam
sebenar yang
mendatangkan
kebaikan kepada
generasi
terdahulu.
Bahkan ianya
tentu kerana
faktor bid'ah
yang memecahkan
perpaduan mereka
dan memesongkan
mereka daripada
jalan yang
lurus.
Sementara itu,
Ustaz Abdullah
Taslim
al-Buthoni
menerusi
artikelnya yang
berjudul
Bahaya Hadith
Palsu Dalam
Merosak Akidah
Umat Islam,
beliau
menjelaskan:[9]
Kerosakan yang
ditimbulkan
hadis-hadis
palsu menjadi
lebih parah
disebabkan
kejahilan
kebanyakan umat
Islam terhadap
agama mereka,
sehingga mudah
terpengaruh dan
menerima semua
ucapan yang
dinisbahkan
kepada
Rasulullah yang
sampai ke
telinga mereka,
tanpa berusaha
mencari
kejelasan
tentang mana
hadis yang sahih
dan mana yang
lemah, bahkan
palsu. Tentu
saja, keadaan
ini akan
berakibat
fatal,
kerana nantinya
kerosakan yang
terdapat pada
hadis-hadis
palsu tersebut
akan diterima
dan diyakini
oleh mereka
sebagai
kebenaran.
¯
Peringatan Allah
dan Rasul-Nya
kepada para
pencipta dan
penyebar
hadis-hadis
palsu.
Jika diteliti
ayat-ayat suci
al-Quran
al-Karim dan
al-Hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih, akan
ditemui begitu
banyak celaan
dan ancaman
keras yang
disediakan
kepada mereka
yang sengaja
berdusta ke atas
nama Allah dan
Rasul-Nya.
Salah satu
perbuatan yang
boleh dianggap
sebagai berdusta
ke atas nama
Allah dan
Rasul-Nya adalah
bercakap sesuatu
berkaitan agama
Islam tanpa
memiliki ilmu
yang tepat lagi
benar
mengenainya. Ini
termasuklah
menyebarkan
hadis-hadis
palsu yang
disandarkan ke
atas nama
utusan-Nya yang
mulia, Nabi
Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam.
al-Imam
as-Sakhawi
rahimahullah
menulis di dalam
al-Maqashid
al-Hasanah,
ms. 36:[10]
Sesungguhnya
berdusta di atas
(nama)
Rasulullah tidak
sama dengan
berdusta atas
(nama) orang
lain. Sehingga
para ulama (ahli
hadis) yang
memiliki ilmu
yang mendalam
telah bersepakat
(mengatakan)
bahawa berdusta
atas (nama)
Rasulullah
termasuk
perbuatan dosa
yang paling
besar.
Beberapa imam
dan ulama besar
Islam menyatakan
dengan tegas
bahawa orang
yang melakukan
perbuatan ini
tidak diterima
taubatnya.
Bahkan Syeikh
Abu Muhammad
al-Juwaini
(berpendapat
dengan pendapat
yang) sangat
keras (dalam
masalah ini)
sehingga beliau
mengkafirkan
orang yang
melakukan
perbuatan ini
serta
memperingatkan
(dengan keras)
akan fitnah dan
bahayanya.
Perhatikan
firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala di
bawah ini:[11]
Maka siapakah
yang lebih zalim
daripada orang
yang berdusta
terhadap Allah
untuk
menyesatkan
manusia dengan
tidak
berdasarkan ilmu
pengetahuan?
Sesungguhnya
Allah tidak
memberi petunjuk
kepada kaum yang
zalim.
Ayat di atas
dengan jelas
menunjukkan
kepada kita
bahawa
orang-orang yang
sengaja berdusta
ke atas Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
adalah termasuk
dalam golongan
mereka yang
paling zalim.
Malah para
pendusta ini,
sebagaimana
lanjut ayat di
atas,
sekali-kali
tidak akan
beroleh petunjuk
hidayah daripada
Subhanahu wa
Ta’ala.
Dalam ayat yang
lain pula Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
menjelaskan
bahawa para
pendusta ini
akan hadir pada
Hari Kiamat
dalam keadaan
muka mereka
kehitaman
sebagaimana
firman-Nya dalam
surah al-Zumar,
ayat 60:
Pada hari kiamat
engkau akan
melihat
orang-orang yang
berdusta
terhadap Allah
muka-muka mereka
hitam.
al-Imam al-Hafiz
Ibnu al-Jauzi
rahimahullah
(597H) setelah
membawakan ayat
ini beliau
berkata:[12]
Sebahagian para
ulama
berpendapat
bahawa berdusta
kepada Allah dan
Rasul-Nya adalah
kufur yang
memindahkan
seseorang dari
agama (murtad)
dan tidak syak
lagi bahawa
berdusta
terhadap Allah
dan Rasul-Nya
dalam
mengharamkan
yang halal dan
menghalalkan
yang haram
adalah sama
sekali kufur,
hanya perkara
(yang
diperselisihkan)
ialah mengenai
pembohongan ke
atas Rasul dalam
perkara-perkara
selain itu.
Seiring dengan
kenyataan
al-Imam al-Hafiz
Ibn al-Jauzi
rahimahullah
di atas ialah
ulasan Syeikh
Abu Muhammad
al-Juwaini
asy-Syafie
rahimahullah
(438H) dimana
beliau berkata:[13] Orang yang dengan sengaja mendustakan Rasulullah adalah kafir walaupun dia tidak menganggapnya halal. Memang jumhur (majoriti) ulama tidak menganggapnya kafir tetapi dia dianggap fasiq dan seluruh riwayatnya ditolak serta tidak diperbolehkan berhujah dengannya.
Demikian juga
sebagaimana yang
diutarakan oleh
Syeikh al-Albani
rahimahullah
dalam
Muqaddimah
kitabnya,
Silsilah
al-Ahadith
adh-Dha'ifah wa
al-Maudhu'ah:[14]
al-Imam Ibnu
Hibban dalam
Shahihnya (Shahih
Ibnu Hibban)
mengatakan wajib
masuk neraka
bagi sesiapa
sahaja yang
menisbahkan
(menyandarkan)
sesuatu kepada
Rasulullah
padahal ia tidak
mengetahui
sejauh mana
kebenaran
(perkara yang
disandarkan ke
atas Rasulullah
itu). Kemudian
dia menyebutkan
hadis: Man
qaala 'alayya...
dan seterusnya
seperti yang
diriwayatkan
oleh Ashhabus
Sunan.
Oleh sebab itu
al-Imam Ibnu
Hibban
rahimahullah
(354H) menerusi
kitabnya,
Shahih Ibnu
Hibban,
jilid
1, ms. 210
meletakkan satu
pasal yang
dinamakan oleh
beliau sebagai:
Pasal menyebut
ketetapan
memasuki neraka
untuk sesiapa
yang
menyandarkan
sesuatu kepada
al-Musthafa,
sedangkan dia
tidak tahu
mengenai
kesahihannya.
Selanjutnya,
sila perhatikan
pula Firman
Allah dalam
surah al-A’raf,
ayat 33 berikut:
Katakanlah:
Tuhanku hanya
mengharamkan
perbuatan yang
keji, baik yang
nampak ataupun
yang
tersembunyi, dan
perbuatan dosa,
melanggar hak
manusia tanpa
alasan yang
benar,
(mengharamkan)
mempersekutukan
Allah dengan
sesuatu yang
Allah tidak
menurunkan hujah
untuk itu dan
(mengharamkan)
mengada-adakan
terhadap Allah
apa yang tidak
kamu ketahui.
Dalam ayat di
atas Allah
Subhanahu wa
Ta’ala telah
menjelaskan
bahawa termasuk
dalam perbuatan
keji yang
diharamkan
oleh-Nya ialah
mengada-adakan
sesuatu ke
atas-Nya tanpa
pengetahuan yang
benar. Ini
termasuklah
menyandarkan
sesuatu maklumat
palsu ke atas
nama Rasul-Nya,
Muhammad
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Sesungguhnya
berdusta ke atas
nama Allah dan
Rasul-Nya adalah
perbuatan yang
terkutuk di sisi
ajaran Islam,
malah ia juga
merupakan salah
satu bentuk
kepatuhan kepada
sebagaimana
firman-Nya
menerusi surah
al-Baqarah, ayat
168-169 berikut:
Sesungguhnya ia
(syaitan) hanya
menyuruh kamu
melakukan
kejahatan dan
perkara-perkara
keji, dan
(menyuruh)
supaya kamu
berkata terhadap
Allah apa yang
kamu tidak
ketahui.
Selanjutnya
marilah kita
perhatikan pula
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
di bawah ini:[15]
Sampaikanlah
dariku walaupun
satu ayat.
Ceritakanlah
tentang Bani
Israil dan
jangan takut dan
barangsiapa yang
bedusta atas
namaku, maka
hendaklah dia
menempati tempat
duduknya dalam
neraka.
Dalam hadisnya
yang lain yang
diriwayatkan
oleh al-Bukhari,
no. 1209 baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Dari al-Mughirah
radhiallahu
’anhu, beliau
berkata:
Aku
pernah mendengar
Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Sesungguhnya
berdusta ke atas
namaku tidaklah
sama dengan
berdusta
menggunakan nama
orang lain.
Maka, sesiapa
yang berdusta ke
atas namaku
dengan sengaja,
hendaklah dia
mengambil tempat
tinggalnya di
neraka.
Berpandukan
kepada hadis di
atas, jelas
kepada kita
bahawa berdusta
ke atas nama
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bukanlah sesuatu
yang boleh
dipandang
ringan. Malah ia
adalah suatu
perkara besar
yang sewajarnya
dielakkan oleh
sesiapa jua,
mengingatkan
ancaman yang
dijanjikan
kepada mereka
yang berdusta ke
atas nama
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
adalah sesuatu
yang amat
dahsyat iaitu
berupa api
neraka.
Perkara ini
telah pun
diulang-ulang
oleh baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
beberapa kali
sebagaimana
sabdanya dalam
hadis yang lain.
Baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:[16]
Dari Ali bin Abi
Thalib
radhiallahu’anhu,
dia berkata:
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Janganlah kamu
berbohong atas
(nama)ku!
Sesungguhnya
sesiapa yang
berbohong atas
(nama)ku, maka
hendaklah dia
masuk ke (dalam)
neraka.
al-Hafiz Ibnu
Hajar
al-Asqalani
rahimahullah
(852H) menerusi
kitabnya Fath
al-Bari
jilid 1, ms. 270
ketika mengulas
hadis di atas,
beliau berkata:
Ia mengenai
setiap
pendustaan ke
atas Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
dan semua jenis
pendustaan ke
atas baginda.
Maksudnya jangan
kamu sandarkan
pendustaan ke
atasku
(menggunakan
namaku).
Dalam riwayat
yang lain:[17]
Daripada Abu
Hurairah
radhiallahu
’anhu
bahawasanya
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
telah bersabda:
Sesiapa yang
berdusta ke atas
namaku dengan
sengaja, maka
hendaklah dia
mengambil tempat
tinggalnya di
neraka.
Menurut Abu
Faidh Fashih
al-Harawi
rahimahullah
(837H), ancaman
tersebut tidak
membezakan
apakah pemalsuan
hadis itu berisi
tentang hukum,
dorongan beramal
(at-Targhib),
mempertakuti
agar orang-orang
tidak melakukan
perbuatan-perbuatan
yang dilarang
agama (at-Tarhib),
ataukah berisi
nasihat-nasihat.[18]
Selanjutnya
dalam hadis yang
diriwayatkan
oleh
al-Bukhari, no.
109 Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Barangsiapa yang
menyebutkan
sesuatu dariku
sedangkan aku
tidak pernah
menyebutnya,
maka dia telah
menempah
tempatnya di
dalam neraka.
Dalam lafaz yang
lain sebagaimana
yang
diriwayatkan
oleh al-Imam
Ahmad jilid 4,
ms. 50,
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Tidak seorang
pun yang berkata
atas (nama)ku
dengan batil
atau (dia
mengucapkan) apa
saja (perkataan)
yang tidak
pernah aku
ucapkan,
melainkan tempat
tinggalnya di
neraka.
Sebagaimana yang
telah disentuh
dalam hadis
pertama di atas,
pendustaan ke
atas nama
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
adalah tidak
boleh
diserupakan
dengan
pendustaan ke
atas selain
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Ini kerana
penyandaran
sesuatu perkara
ke atas baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
baik berupa
perkataan,
perbuatan
mahupun
persetujuan
dimana baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
sedikitpun tidak
terkait padanya
tetap akan
meletakkan
seseorang itu
kepada ancaman
api neraka. Ini
sekalipun
penyandaran
tersebut
dilakukan di
atas dasar niat
dan tujuan yang
baik atau hanya
sekadar sangkaan
cuma.
Perhatikan hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dan ulasan oleh
para ulama yang
mengikutinya di
bawah ini: Dari
Hafsh bin Ashim
r.a, dia berkata
bahawa
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
pernah bersabda:[19]
Cukuplah
seseorang itu
dikatakan
sebagai pendusta
kalau dia
menceritakan
semua yang dia
dengar (tanpa
mengkaji benar
atau tidak).
al-Imam Ibnu
Hibban
rahimahullah
ketika
mengomentari
hadis di atas
berkata di dalam
kitab
adh-Dhu’afa’,
jilid 1, ms.
33:[20]
Di dalam hadis
ini ada ancaman
bagi seseorang
yang
menyampaikan
setiap apa yang
dia dengar
sehingga dia
tahu dengan
seyakin-yakinnya
bahawa hadis
atau riwayat itu
sahih.
Menjelaskan
hikmah larangan
hadis ini kepada
sesiapa jua
untuk
menceritakan
segala yang dia
dengari, al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
berkata:[21]
Makna yang
terkandung dalam
hadis dan
atsar
[22]
yang terdapat
dalam bab ini
adalah tentang
celaan dalam
berbicara atau
memberitahukan
segala sesuatu
yang didengari
oleh seseorang.
Kerana sesuatu
yang didengar
biasanya
mengandungi
unsur kebenaran
dan kedustaan
(iaitu sesuatu
yang tidak pasti
-pen). Sehingga,
apabila dia
berbicara dan
memberitahukan
segala sesuatu
yang dia dengar,
maka dia telah
berdusta jika
mengkhabarkan
sesuatu (yang
pada hakikatnya)
tidak terjadi.
Serentak dengan
itu dalam kitab
Mushkil
al-Atsar (tahqiq:
Muhammad ‘Abd
al-Salah Syahin),
jilid 1, ms.
176, al-Imam
ath-Thahawi
rahimahullah
(321H)
mengingatkan:[23]
Sesiapa yang
menyampaikan
hadis daripada
Rasulullah
berdasarkan
sangkaan,
bererti dia
telah
menyampaikan
hadis daripada
baginda secara
tidak benar.
(Sesiapa yang)
menyampaikan
hadis daripada
baginda secara
batil (maka) dia
berdusta ke atas
baginda
sebagaimana
seorang
pendusta. Mereka
termasuk dalam
sabdanya:
Sesiapa yang
berdusta ke atas
aku, hendaklah
dia mengambil
tempat duduknya
di dalam neraka.
Kami
berlindung
daripada Allah
daripada yang
sedemikian.
Demikian betapa
kejinya
kedudukan mereka
yang sengaja
melakukan
pendustaan
terhadap Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dan
bahaya yang
bakal ditanggung
oleh mereka
akibat daripada
tindakan
menyebarkan
hadis-hadis
palsu yang
disandarkan ke
atas nama
kemuliaan
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Sebenarnya,
amaran
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dalam
hadis-hadisnya
yang lalu tidak
hanya terhad
kepada mereka
yang sengaja
melakukan
pendustaan ke
atas nama
baginda (pereka
hadis palsu)
sahaja tetapi
meliputi sesiapa
jua yang
terlibat dalam
perbuatan dusta
tersebut.
Syeikh al-Albani
rahimahullah
berkata dalam
mukadimah
kitabnya yang
masyhur,
Silsilah
al-Ahadith
adh-Dha'ifah wa
al-Maudhu'ah
jilid 1, ms. 31:
Kalaupun mereka
tidak secara
langsung
mendustakan
hadis-hadis
Rasulullah,
mereka (tetap
juga)
dikategorikan
sebagai pengikut
atau pengekor
dalam
memperluaskan
hadis-hadis yang
belum jelas
sahih dan
dhaifnya.
Di samping itu,
mereka juga
mengetahui
bahawa dalam
hadis-hadis
Rasulullah ada
yang dhaif
dan ada pula
yang maudhu
(palsu).
Selanjutnya
beliau juga
berkata dalam
kitab yang sama,
jilid 1, ms. 32:
Menjadi jelaslah
apa yang saya
kemukakan tadi
bahawa tidak
boleh
meriwayatkan
atau
mengutarakan
hadis tanpa
mengetahui
sejauh mana
kesahihannya.
Kerana itu,
siapa sahaja
yang
melakukannya, ia
termasuk orang
yang berdusta
dengan
mengatasnamakan
Rasulullah dan
termasuk orang
yang diancam
oleh baginda
dengan
diberikannya
tempat di dalam
neraka seperti
yang tercantum
dalam hadis
mutawatir
tadi.
Berdasarkan
kepada
penjelasan ini,
hendaklah kita,
umat Islam,
sentiasa
berpada-pada
apabila
membicarakan
sesuatu perkara
yang disandarkan
ke atas nama
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Hendaklah setiap
hadis atau
riwayat yang
hendak
disampaikan
disemak terlebih
dahulu
kedudukannya,
apakah ianya
sesuatu yang
benar-benar
diambil secara
sah (sahih)
daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
atau sebaliknya.
al-Hafiz Ibnu
Hajar
al-'Asqalani
rahimahullah
pernah ditanya
tentang para
khatib yang
biasa
menyampaikan
hadis-hadis
lemah dan palsu
dalam
khutbahnya,
beliau menjawab
sebagaimana yang
tersebut di
dalam kitab
al-Fatawa
al-Hadithiyyah,
ms. 63:[24]
Tidak halal
berpedoman dalam
menyampaikan
hadis pada suatu
kitab atau
khutbah yang
penulisnya bukan
ahli hadis.
Barangsiapa yang
melakukan hal
itu maka dia
layak untuk
dihukum dengan
hukuman yang
berat.
Inilah keadaan
para khatib
zaman sekarang,
tatkala melihat
ada makalah
khutbah yang
berisi
hadis-hadis,
mereka langsung
menghafalnya dan
berkhutbah
dengannya tanpa
memeriksa
terlebih dahulu
apakah hadis
tersebut ada
asalnya atau
tidak.
Maka
merupakan
kewajipan bagi
pemimpin negeri
tersebut untuk
melarang para
khatib dari
perbuatan
tersebut dan
menegur dari
khatib yang
telah melakukan
perbuatan
tersebut.
Amat
dukacita apabila
ramai di
kalangan umat
Islam tidak
mengambil serius
persoalan ini.
Terutamanya para
pendakwah agama
di mana
sebahagian
daripada mereka
amat gemar
berbicara
mengenai
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
tanpa terlebih
dahulu menguasai
ilmu-ilmu yang
asas (basic)
berkaitan dengan
subjek tersebut.
Sebagai
akibatnya
hadis-hadis
maudhu
(palsu) yang
disampaikan oleh
mereka itu telah
tersebar ke
merata tempat
sehingga
menimbulkan
pelbagai
pencemaran
terhadap ajaran
agama.
Inilah sebab
utama mengapa
pelbagai amalan
dan fahaman
bid’ah yang
bersumberkan
daripada hadis
maudhu di
dalam masyarakat
kita amat sukar
dibanteras.
Semua ini tidak
lain disebabkan
oleh sikap
sebahagian para
pendakwah yang
suka mengambil
sikap ‘acuh tak
acuh’ di dalam
menyemak darjat
setiap hadis
yang hendak
disampaikan oleh
mereka ke dalam
masyarakat.
Syeikh al-Albani
rahimahullah
pernah
menyatakan rasa
kesalnya
terhadap sikap
sebahagian para
pendakwah yang
mencuaikan
tanggungjawab
menjelaskan
kedudukan hadis
yang terkandung
di dalam
kitab-kitab
mereka. Beliau
berkata di awal
kitabnya,
Tamamul Minnah:[25]
Tidak boleh
menyebutkan
hadis lemah
kecuali harus
diterangkan
kelemahannya.
Merupakan
kebiasaan para
penulis dari
berbagai mazhab
dan berbagai
kalangan, bahawa
mereka saat
meriwayatkan
hadis lemah
banyak yang
tidak
memperingatkan
akan
kelemahannya.
Mungkin ini
adalah kerana
ketidaktahuan
mereka atau
mungkin kerana
kebencian dan
kemalasan mereka
untuk merujuk
kembali
kitab-kitab para
ahli hadis serta
sebahagian ahli
hadis pun
terlalu
memudahkan
urusan ini
terutama sekali
dalam
hadis-hadis
tentang
fadhail al-a’mal
(keutamaan
amal).
¯
Masyhur belum
tentu sahih. Ramai yang beranggapan bahawa apabila sesuatu hadis itu masyhur dalam masyarakat maka ia adalah sesuatu yang sahih daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Walau bagaimanapun tanggapan ini adalah tidak tepat.
Realiti
membuktikan
telah banyak
hadis yang
masyhur
berlegar-legar
dalam masyarakat
yang dianggap
oleh sebahagian
pihak sebagai
hadis Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Padahal yang
sebenarnya ia
adalah riwayat
yang lemah atau
palsu, bahkan
tidak ada
asalnya sama
sekali dalam
mana-mana kitab
hadis yang
muktabar.
Dalam hal ini,
Syeikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah
rahimahullah
(728H)
menjelaskan di
dalam kitabnya
Majmu'
al-Fatawa,
jilid 4, ms.
409-410 dengan
katanya:[26]
Seandainya
sebahagian
masyarakat umum
yang mendengar
hadis dari
tukang cerita
dan aktivis
(penggiat)
dakwah, atau dia
membaca hadis
yang baginya
adalah popular
(masyhur) maka
bukanlah hal itu
menjadi rujukan
sama sekali.
Betapa banyak
hadis-hadis yang
popular di
tengah
masyarakat umum,
bahkan di
kalangan para
ahli fekah, kaum
sufi, ahli
falsafah dan
sebagainya, lalu
menurut
pandangan ahli
hadis ternyata
hadis tersebut
tidak ada
asalnya dan
mereka
menegaskan hadis
tersebut palsu.
¯
Apakah
hadis masyhur?
Hadis masyhur
adalah salah
satu jenis hadis
yang masuk
kategori hadis
Ahad,
iaitu hadis yang
diriwayatkan
lebih dari satu
atau dua perawi
namun belum
sampai pada
tahap
mutawatir.
Terkadang hadis
masyhur
sangat akrab di
lidah masyarakat
tapi isnadnya
tidak sahih,
atau tidak
dikenal oleh
ulama hadis atau
tidak mempunyai
asal.
Padahal
hakikatnya
perkataan yang
ma’tsur
(yang berisnad
dari para
sahabat atau
tabi’in),
kata mutiara
atau sebuah
peribahasa.[27]
al-Hafiz Ibnu
Hajar berkata
dalam Nuzhoh
Nazhor fi
Taudhih Nukhbah
Fikar, ms.
63-64:[28]
Hadis masyhur
boleh juga
diertikan dengan
suatu hadis yang
banyak beredar
di lidah
masyarakat umum,
maka hal ini
mencakup hadis
yang memiliki
satu sanad[29]
atau lebih,
bahkan hadis
yang tidak
memiliki
sanad sama
sekali.
Oleh kerana itu,
para ulama
merasa perlu
mencatat dan
membukukannya
dalam kitab
tersendiri.
Beberapa ulama
yang menulis
dalam bidang ini
adalah:
Secara umumnya,
kebanyakan umat
Islam lazimnya
begitu mudah
terpengaruh
dengan
hadis-hadis
palsu yang
terdapat pada
kitab-kitab yang
masyhur, di mana
ianya dikarang
oleh para ilmuan
Islam yang
muktabar.
Dalam menangani
masalah ini para
ulama hadis
mengambil
pendekatan
memeriksa semula
kandungan
kitab-kitab ini
lalu kemudiannya
memberi catatan
agar para
pembaca tidak
terpengaruh
dengan
riwayat-riwayat
palsu yang telah
dimasukkan
secara tidak
sengaja oleh
para penulis
asal kitab-kitab
tersebut.
Hal ini
sebagaimana yang
telah dilakukan
oleh para tokoh
berikut,
antaranya ialah:
¯
Kebenaran makna
yang terkandung
pada sesebuah
hadis palsu
bukan ukuran ia
adalah sahih
daripada Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Memang tidak
dinafikan bahawa
terdapat
beberapa riwayat
atau hadis palsu
(maudhu’)
yang mengandungi
makna atau fakta
yang benar serta
sesuai dengan
apa yang dibawa
oleh al-Qur'an
dan hadis
Rasulullah yang
sahih. Namun
harus diketahui
bahawa tidak
semua hadis yang
maknanya benar
bererti Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
pernah
mengatakannya,
sehingga tidak
boleh
menisbahkannya
kepada baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Sebagai contoh
adalah seperti
hadis berikut,
maksudnya:
Apabila kaum
Muslimin
membenci para
ulama mereka,
menampakkan para
penjaga pasar
mereka, saling
menikah untuk
mengumpulkan
dirham, maka
Allah akan
menimpakan
kepada mereka
empat perkara:
(1) Kekeringan
(kemarau) yang
cukup lama, (2)
Kezaliman
penguasa, (3)
Pengkhianatan
para pemimpin
dan (4) Serangan
dari musuh.
al-Hafiz
adz-Dzahabi
rahimahullah,
salah seorang
tokoh hadis
terkemuka
bermazhab Syafie
berkata mengenai
hadis ini:
(Hadis ini)
Munkar.
Syeikh al-Albani
rahimahullah
memberi komentar
yang agak
panjang terhadap
hadis ini
sebagaimana yang
dicatatkan oleh
beliau di dalam
kitabnya,
Silsilah
al-Ahadith
adh-Dha'ifah wa
al-Maudhu’ah
jilid 2,
ms. 36-37:[30]
Sebahagian
penuntut ilmu
yang jahil telah
menulis dengan
tinta yang tidak
boleh dihapus
setelah ucapan
adz-Dzahabi di
atas pada
Nuskhah
Zhahiriyyah:
Saya berkata:
Bahkan hadisnya
adalah sahih
sekali.
Sepertinya,
orang jahil ini
beranggapan
bahawa suatu
hadis apabila
sesuai dengan
kenyataan
bererti Rasul
pasti
mengucapkannya.
Sungguh ini
adalah kejahilan
yang amat parah
kerana berapa
banyak
hadis-hadis yang
dilemahkan oleh
para ulama ahli
hadis padahal
maknanya sahih.
Terlalu banyak
sekali kalau
saya harus
menampilkan
contoh-contohnya,
cukuplah apa
yang terdapat
(dalam) kitab
karyaku ini.
Seandainya
pensahihan hadis
dibuka kerana
melihat maknanya
yang sahih tanpa
melihat kepada
(kedudukan)
sanadnya,
nescaya berapa
banyak kebatilan
akan masuk pada
syariat dan
betapa banyak
manusia yang
akan
menyandarkan
kepada Nabi
suatu ucapan
yang baginda
tidak katakan
dengan alasan
tersebut,
kemudian mereka
mengambil tempat
duduknya dalam
neraka.
Demikian juga
dengan lain-lain
hadis palsu yang
menerangkan
fadhilat
(keutamaan)
bagi sesuatu
amal dimana
sebahagiannya
ternyata
terbukti
‘kemujarabannya’.
Namun, ia juga
tetap tidak
boleh
disandarkan ke
atas nama
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Ini semua demi
memastikan agar
kemurniaan
ajaran al-Qur’an
dan al-Sunnah
akan tetap
terpelihara.
¯
Tujuan yang baik
bukan ‘lesen’
untuk
menghalalkan
penyebaran
hadis-hadis
palsu.
Mungkin ada di
kalangan kita
yang bertanya:
Apakah boleh
menyebarkan
sesuatu hadis
yang telah jelas
kepalsuannya
dengan tujuan
yang baik
seperti memberi
motivasi umat
Islam untuk
mendekatkan diri
kepada agama (at-Targhib)
dan menjauhkan
mereka daripada
melakukan
kemungkaran (at-Tarhib)?
Syeikh
Jamaluddin
al-Qasimi
rahimahullah
(1322H) dalam
kitabnya
Qawaid
at-Tahdith,
ms. 165 memiliki
huraian yang
amat baik dalam
menjawab
persoalan ini.
Beliau berkata:
Terdapat tujuan
(yang sangat
mustahak
mengapa) para
imam hadis
menerangkan
tentang sanad
dan
kelemahannya. Ia
lebih besar
daripada tujuan
menggalakkan
ibadah, puasa
dan solat. Iaitu
untuk
membebaskan dan
memelihara
syariat yang
suci daripada
sebarang
penambahan (atau
perubahan). Ini
merangkumi
penambahan yang
baik atau buruk.
Apakah lagi
keburukan yang
lebih besar akan
masuk ke dalam
syariat yang
suci ini
daripada dibuka
ruang untuk para
pendusta
mencipta apa
sahaja yang
mereka suka?
Tanpa membezakan
antara yang
benar dan
bohong?
Kemudian, siapa
yang sanggup
namanya
digunakan oleh
penulis lain
bagi membolehkan
mereka menulis
apa sahaja yang
mereka sukai
mengenai
pemikiran atau
perkataan,
sekalipun ia
(bermaksud)
baik? Siapa pula
yang menerima
jika seseorang
berdusta
menggunakan nama
menteri atau
ketua dengan
mengeluarkan
sesuatu
ketetapan atau
edaran bersama
dengan tanda
tangannya?
Bolehkah semua
itu diterima
dengan baik
tanpa
menganggapnya
mempersendakan
undang-undang,
didenda atau
sekurang-kurangnya
dibantah?
Siapa pula yang
dapat bayangkan
bahawa dia boleh
mengada-adakan
suatu perintah
tertinggi dan
menghebahkannya
seakan-akan ia
(suatu arahan
yang sah)
daripada sultan,
namun (adakah)
dia tidak
dihukum (kerana
berdusta ke atas
nama sultan)?
Jika demikian,
siapa pula
muslim yang
dibenarkan untuk
berdusta kepada
Rasulullah?.
Dalam pada itu,
al-Hafiz Abu
al-Khaththab bin
Dihya dalam
kitab Maa
Jaa’a fii Syarhi
Sya’ban
berkata:[31]
Jagalah diri
kamu – wahai
hamba Allah –
dari orang bodoh
yang
meriwayatkan
sebuah hadis
untuk kamu. Dia
mengungkapkannya
untuk
mengutarakan
kebaikan, sebab
kebaikan
semestinya yang
disyariatkan
oleh Rasulullah.
Apabila orang
tersebut
berdusta maka
tidak termasuk
dari yang
disyariatkan dan
mengamalkannya
merupakan dari
khidmat kepada
Syaitan sebab
dia mengamalkan
sebuah hadis
atas nama
Rasulullah yang
tidak berasal
daripada Allah.
Tegasnya,
menyebarkan
sesuatu hadis
sekalipun dengan
tujuan dan niat
yang baik
sedangkan telah
jelas akan
kepalsuannya di
sisi para ilmuan
adalah haram dan
ia sama sekali
tidak dibenarkan
di sisi agama.
Ini berdasarkan
kepada sebuah
hadis Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam,
baginda
bersabda:[32]
Barangsiapa yang
menceritakan
(dalam riwayat
yang lain:
meriwayatkan
dariku) satu
hadis yang dia
sangka/lihat
(dalam lafaz
yang lain: yang
dia telah
mengetahuinya)
sesungguhnya
hadis itu dusta,
maka dia
termasuk salah
seorang dari
para pendusta
(dalam lafaz
yang lain: Dua
pendusta).
Menerusi
kitabnya,
adh-Dhu'afa,
jilid 1, ms. 7,
al-Imam Ibnu
Hibban
rahimahullah
menulis ketika
mensyarahkan
hadis di atas:[33]
Di dalam khabar
(hadis) ini
terdapat dalil
tentang sahnya
apa yang telah
kami terangkan
iaitu bahawa
seseorang yang
telah
menceritakan
hadis yang tidak
sah datangnya
daripada Nabi,
apa sahaja hadis
yang
diada-adakan
atas nama
baginda
sedangkan dia
mengetahuinya,
maka dia
termasuk (dalam)
salah seorang
dari para
pendusta. Bahkan
zahirnya khabar
(hadis) ini
lebih keras lagi
kerana baginda
telah bersabda:
Barangsiapa
yang
meriwayatkan
dariku satu
hadis yang dia
sangka yang
hadis tersebut
dusta/palsu...
Baginda tidak
mengatakan orang
itu telah yakin
bahawa hadis
tersebut palsu
(iaitu dia baru
menyangka sahaja
atau dzan
(sangkaan)
semata bahawa
hadis tersebut
dusta, dia telah
terkena dengan
ancaman hadis di
atas iaitu
sebagai salah
seorang
pendusta). Maka
setiap orang
yang ragu-ragu
tentang apa-apa
yang dia
sandarkan kepada
Nabi, sahih atau
tidak, maka dia
telah termasuk
ke dalam
perbicaraan
zahirnya khabar
(hadis) ini.
Mulla Ali
al-Qari
rahimahullah
di dalam
kitabnya
al-Asrar
al-Marfu’ah
selepas
membawakan lebih
dari seratus
riwayat hadis
palsu mengenai
pendustaan ke
atas nama Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
menukilkan
kata-kata
al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
(676H) dalam
kitab Syarh
Shahih Muslim.
Berkata
al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah:[34]
Tiada perbezaan
dalam
pengharaman
pendustaan atas
Nabi Muhammad di
antara hadis
hukum dan hadis
yang bukan
berkaitan dengan
hukum seperti
hadis yang
mengandungi
dorongan serta
galakan beramal
ibadah, hadis
berkenaan
nasihat dan
selainnya. Semua
perbuatan itu
adalah haram dan
ia termasuk
dalam
sebesar-besar
dosa dan
seburuk-buruk
perkara dengan
kesepakatan
ulama Islam.
¯
Kata Penutup
Di dalam
al-Qur'an, surah
al-Najm, ayat
3-4 Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
berfirman:
Dan dia
(Muhammad) tidak
memperkatakan
(sesuatu yang
berhubung dengan
agama Islam)
menurut kemahuan
dan pendapatnya
sendiri.
Segala
yang
diperkatakannya
itu tidak lain
adalah wahyu
yang diwahyukan
kepadanya.
Ayat yang mulia
di atas ini
merupakan bukti
kukuh yang
menunjukkan
bahawa segala
yang telah
disampaikan oleh
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
kepada umat
manusia
berhubung dengan
agama Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
(Islam) bukanlah
suatu yang
direka-reka
menurut kemahuan
ataupun hawa
nafsu baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Sebaliknya ia
adalah merupakan
wahyu yang
diwahyukan
secara langsung
daripada Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Kenyataan ini
diperkukuhkan
lagi dengan
firman-Nya dalam
ayat yang lain
sebagaimana di
bawah ini:[35]
Dan kalaulah
(Muhammad)
mengatakan atas
nama Kami
sebarang
kata-kata
rekaan, sudah
tentu Kami akan
menyentapnya
dengan kekuasaan
Kami; kemudian
sudah tentu
Kamiakan
memutuskan tali
jantungnya.
Di sini penulis
ingin mengajak
para pembaca
yang budiman
sekalian untuk
merenungi
sejenak firman
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dalam
surah al-Haqqah
ayat 44-46
sebagaimana yang
telah
dikemukakan
dalam perenggan
di atas.
Perhatikan, jika
di dalam ayat
tersebut Allah
Subhanahu wa
Ta’ala telah
menjanjikan
ancaman yang
begitu keras ke
atas Nabi dan
Rasul-Nya yang
mulia, Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam
apabila baginda
memperkatakan ke
atas agama-Nya
sesuatu yang
bersifat dusta,
maka bayangkan
pula tahap
ancaman yang
bakal diberikan
kepada mereka
yang jauh lebih
rendah
kedudukannya
berbanding
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang berbicara
secara dusta ke
atas nama Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Mendakwahi
manusia kepada
mengenal dan
mempraktikkan
hadis-hadis atau
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
merupakan salah
satu amalan yang
terpuji dan
mulia di sisi
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Malah, dalam
banyak hadisnya
yang sahih,
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
sendiri amat
memuji dan
menjanjikan
pahala yang
begitu besar
kepada mereka
yang berusaha
menghidupkan
semula hadis
atau
sunnah-sunnahnya
di akhir zaman
yang penuh
dengan pelbagai
fitnah kesesatan
dan pencemaran
agama ini.
Akan tetapi di
sebaliknya semua
itu, suatu hal
yang perlu kita
perhatikan di
dalam
keghairahan
mempraktik dan
menyebarkan
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
kepada umat
manusia adalah
mengenai
kedudukan
(darjat) bagi
setiap hadis
yang kita amal
dan sebarkan,
apakah ianya
benar-benar
suatu yang
diambil secara
sah (sahih)
daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
atau sebaliknya?
Bukanlah
suatu hal yang
memeranjatkan
kita apabila
dikatakan bahawa
tidak semua yang
kita dengari,
kita pelajari,
kita amalkan,
kita ucapkan dan
kita
sebar-sebarkan
iaitu sesuatu
yang sering kita
sebut-sebut
sebagai "hadis"
atau "sunnah"
selama ini
adalah
bersumberkan
daripada baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
¯
Beberapa
peringatan
penting
Sebelum
mengakhiri
perbahasan, di
sini penulis
ingin mengambil
kesempatan untuk
memberi sedikit
peringatan dan
pesanan
khususnya kepada
diri penulis
sendiri dan
sidang pembaca
yang budiman
sekalian:
Pertama:
Hendaklah kita
sentiasa
berpada-pada di
dalam menerima
mahupun
menyebarkan
sesuatu riwayat
yang disandarkan
ke atas nama
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Untuk itu,
langkah pertama
yang harus kita
ambil di dalam
menerima sesuatu
“hadis” adalah
dengan menyemak
statusnya
terlebih dahulu,
apakah ianya
sesuatu yang sah
menurut
penilaian ahli
hadis (muhaddisin)
atau sebaliknya.
Dalam
hal ini, al-Imam
al-Nawawi
rahimahullah
berkata
sebagaimana
dinukil dan
kemudiannya
dikemukakan oleh
Syeikh Muhammad
Jamaluddin
al-Qasimi di
dalam kitabnya,
Qawa’id
at-Tahdith min
Fununi ‘ala
Mushthalah
al-Hadith (tahqiq
dan
ta’liq
Muhammad Bahjar
al-Baithar), ms.
115:[36]
Bahawa tidak
halal berhujah
bagi orang yang
mengerti hadis
hingga ia tidak
tahu, dia harus
bertanya kepada
orang yang ahli
(pakar).
Jika riwayat atau hadis yang kita terima telah dapat dipastikan kedudukannya sebagai suatu yang sah menurut penilaian ahli hadis, maka hendaklah kita mengambilnya. Jika sebaliknya, sama ada lemah atau palsu, hendaklah pula kita mengabaikannya dan di waktu yang sama hendaklah pula kita menahan diri daripada mengamalkan dan/atau menyebarkannya kepada orang lain.
Perlu disedari
bahawa
mempraktikkan
sesuatu amalan
yang
bersumberkan
daripada riwayat
yang dusta tidak
sesekali akan
membawa kita
kepada kebaikan
melainkan
kerugian dan
kecelakaan
semata-mata.
Semoga Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
merahmati
al-Imam
al-Qurthubi
rahimahullah
tatkala beliau
menulis di dalam
kitabnya,
al-Jami’ li
Ahkam al-Qur’an,
jilid 7, ms.
173:[37]
Seharusnya
manusia wajib
melihat urusan
agama mereka
sebagaimana
(mereka melihat)
urusan harta
mereka, di mana
mereka tidak
akan mengambil
dalam sesuatu
urusan jual-beli
dengan mata wang
yang rosak.
Mereka hanya
akan mengambil
apa yang selamat
dan baik.
Demikianlah
juga, jangan
diambil sesuatu
riwayat daripada
Nabi melainkan
apa yang sah
sanadnya (sahih)
daripada Nabi,
agar tidak
termasuk dalam
ruang lingkup
berdusta atas
Rasulullah.
Dibimbangi dia
sedang mencari
keutamaan (fadhilat)
dengan riwayat
itu lalu yang
ditemui hanyalah
kekurangan.
Bahkan mungkin
saja dia menemui
kerugian yang
nyata.
Terkecuali dalam
hal ini ialah
apabila
penyebaran
sesuatu hadis
yang palsu atau
lemah itu
dilakukan dalam
rangka
menjelaskan
kedudukannya
kepada
masyarakat, maka
dalam hal ini
adalah
diperbolehkan.
Ini sebagaimana
yang telah
disentuh dalam
perbincangan
yang lalu.
Adapun terhadap
sesuatu hadis
yang tidak dapat
dipastikan
kedudukan
darjatnya
(samar), apakah
ianya sesuatu
yang sahih atau
sebaliknya, maka
hendaklah kita
mengambil sikap
bertangguh (tawaquf)
iaitu tidak
menerimanya
mahupun
menolaknya
secara
mentah-mentah
sehinggalah
dapat dipastikan
terlebih dahulu
kedudukan
darjatnya yang
sebenar.
Kedua:
Dalam pada itu
hendaklah kita
semua umat Islam
sentiasa
menyedari bahawa
perbuatan
menyebarkan
riwayat atau
hadis-hadis yang
diatasnamakan
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
ke tengah-tengah
masyarakat
tidaklah boleh
dipandang ringan
begitu sahaja,
sehingga yang
demikian
menyebabkan kita
malas daripada
mengerahkan
segala upaya
untuk
menganalisa
kedudukan
sebenar bagi
setiap riwayat
yang kita
sampaikan kepada
orang ramai.
Perlu kita
sedari bersama
bahawa perbuatan
menyebarkan
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
adalah merupakan
satu
tanggungjawab
yang amat berat
yang bakal
dipersoalkan ke
atas kita kelak
iaitu selaku
"agen" yang
menyampaikan
sesuatu ke atas
nama agama Allah
Subhanahu wa
Ta’ala yang
maha agung ini
(Islam).
Justeru,
menyampaikan
sesuatu hadis ke
tengah-tengah
masyarakat
secara membuta
tuli dan tanpa
ilmu pengetahuan
yang benar
mengenainya
hanyalah akan
mengundang
bencana ke atas
diri kita
sendiri. Sikap
seumpama ini
telah pun
disinggung oleh
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sebagaimana
firman-Nya
menerusi surah
al-Isra', ayat
36:
Dan janganlah
kamu mengikuti
apa yang kamu
tidak mempunyai
pengetahuan
tentangnya.
Sesungguhnya
pendengaran,
penglihatan dan
hati, semuanya
itu akan diminta
pertanggungan
jawabnya.
Menyampaikan
sesuatu riwayat
dusta yang
disandarkan ke
atas nama Allah
dan Rasul-Nya
bukan sahaja
akan
mengakibatkan
pelbagai
kerosakan di
dalam agama itu
sendiri, malah
lebih jauh itu
tindakan ini
juga berpotensi
meletakkan diri
si pelakunya ke
lembah
kehancuran
sebagaimana yang
telah dijelaskan
di awal
perbincangan
risalah ini.
Ketiga:
Di waktu yang
sama,
penulis
juga ingin
menyeru kepada
semua pihak yang
berwajib dari
kalangan para
alim ulama, para
ustaz dan
ustazah,
tuan-tuan guru
dan para imam
agar marilah
kita semua
berganding bahu
untuk sama-sama
berusaha
membendung
segala bentuk
aktiviti
penyebaran
hadis-hadis
palsu yang
berlaku di
tengah-tengah
masyarakat.
Sesungguhnya,
usaha
pembendungan
penyebaran
hadis-hadis
palsu ini
daripada terus
berleluasa dalam
masyarakat tidak
mungkin akan
tercapai
melainkan dengan
adanya usaha
padu daripada
segenap pihak
yang terbabit.
Semoga dengan
adanya usaha
seumpama ini,
hadis-hadis
palsu yang telah
tersebar luas
dan bertapak
kukuh dalam
masyarakat umat
Islam di negara
ini akan dapat
disifarkan. Pada
masa yang sama,
usaha ini juga
secara tidak
langsung akan
menjadi enjin
penggerak ke
arah
merealisasikan
usaha
penghapusan
pelbagai fahaman
dan amalan
bid'ah yang
selama ini
menjadi virus
terbesar kepada
perpecahan dan
kehancuran umat
serta kerosakan
agama akibat
daripada
penyebaran
hadis-hadis
palsu yang
disandarkan ke
atas nama agama.
Penulis
amat yakin dan
percaya bahawa
hanya dengan
adanya usaha
seumpama ini
barulah
kejernihan serta
keindahan ajaran
Islam akan dapat
diterjemah dan
disuburkan
semula dalam
masyarakat kita
di negara ini
yang sememangnya
amat dahagakan
ilmu yang benar
lagi tepat
tentang
sunnah-sunnah
Nabi mereka yang
sahih, Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam,
Insya’ Allah.
¯
Kata Penutup
Sebagai penutup,
marilah kita
renungi sejenak
sikap dan akhlak
para sahabat
terhadap
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
sebagaimana yang
akan penulis
nukilkan di
bawah ini.
Semoga paparan
ini dapat kita
jadikan sebagai
suri teladan
dalam berbicara
atau
berinteraksi
dengan
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dalam kehidupan
kita seharian.
al-Imam Ibnu
Majah
rahimahullah
meriwayatkan
bahawa Abdullah
Rahman bin Abu
Laila
radhiallahu’anhu
berkata:[38]
Kami pernah
berkata kepada
Zaid bin Arqam:
Ceritakanlah
kepada kami
hadis-hadis
daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam. Beliau
menjawab: Kami
telah tua dan
lupa, sedangkan
menceritakan
hadis daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
sangat berat.
Anas bin Malik
radhiallahu’anhu
pula berkata:[39]
Sekiranya aku
tidak takut
tersalah dalam
menyampaikan
hadis, nescaya
aku sudah
menyampaikan
kepada kalian
hadis-hadis yang
aku dengari dari
Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam
tetapi baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Sesiapa yang
berdusta ke atas
(nama)ku dengan
sengaja, maka
siapkanlah
tempat duduknya
di neraka kelak.
[1] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no.15. [2] Lihat Hadits Nabi Menurut Pembela, Pengingkar Dan Pemalsunya karya Prof. Dr. H.M Syuhudi Ismail, ms. 48. [3] Lihat Al-Adzkar, ms. 326; dalam Al-Masaa-il karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld.1, ms. 38. [4] Lihat Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam karya Asmawi Haji Ehsan, ms. 148. [5] Lihat Tamamul Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jld. 1, ms. 25-26. [6] Lihat Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajarkan Dan Dilakukan Oleh Rasulullah S.A.W karya Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 69. [7] Lihat Syarh Shahih Muslim karya al-Imam al-Nawawi, jld. 1, ms. 191. [8] Lihat Khilaf Dalam Islam: Sebab Dan Adab, himpunan kertas kerja oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris, Dr. Azwira bin Abdul Aziz dan Dr. Fadlan Mohd Othman, ms. 39-40. [9] Lihat Majalah As-Sunnah, edisi No. 1/Thn.XV/Jumadil Akhir 1432H /Mei 2011M, ms. 23. [10] Lihat Majalah As-Sunnah, edisi No. 1/Thn.XV/Jumadil Akhir 1432H /Mei 2011M, ms. 23. [11] Surah al-An’am, ayat 144. [12] Lihat Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' karya Drs. Abdul Ghani Azmi Hj Idris, jld. 1, ms. 41. [13] Lihat al-Bida' al-Hauliyah karya Abdullah Abdul Aziz at-Tuwaijiriy, ms. 46. [14] Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Madhu'ah karya Syeikh al-Albani, jld. 1, ms. 31. [15] Hadis riwayat al-Bukhari, no.3274. [16] Hadis riwayat al-Bukhari 1/35, Muslim 1/7, at-Tirmidzi 4/142, Ibnu Majah, no. 31 dan Ahmad 1/83. [17] Hadis riwayat Muslim al-Bukhari, no.1291. [18] Lihat Hadits Nabi Menurut Pembela, Pengingkar Dan Pemalsunya karya Prof. Dr. H.M. Syuhudi Ismail, ms. 58. [19] Hadis riwayat Muslim, no.5 dan Abu Daud, no.205. [20] Lihat Ar-Rasaa-il karya Yazid Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 68. [21] Lihat Syarh Shahih Muslim karya al-Imam al-Nawawi, jld. 1, ms. 199. [22] Atsar khusus digunakan untuk segala sesuatu yang disandarkan kepada selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka. Kadang-kadang atsar ini digunakan untuk khabar-khabar yang disandarkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, namun dengan taqyid (catatan). Contohnya seperti perkataan: “Dan di dalam atsar dari Rasulullah….”. Adapun secara mutlak, atsar bererti segala sesuatu yang disandarkan kepada para sahabat dan orang-orang setelah mereka. - Lihat Syarhu al-Mandhumah al-Baiquniyah karya Abu al-Harits Muhammad Ibrahim as-Salafiy al-Jazairiy, ms. 12-13. [23] Lihat Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 327. [24] Lihat majalah As-Sunnah – Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73. [25] Lihat Hadits Lemah & Palsu Yang Populer Di Indonesia karya Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf, ms. 6. [26] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73. [27] Lihat Laisa min Qaul An-Nabi s.a.w karya Dr. Muhammad Fuad Syakir, ms. 38. [28] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73. [29] Apakah sanad dan matan? Sanad atau isnad ialah silsilah (mata rantai) perawi yang menghubungkan kepada suatu matan. Manakala matan pula ialah ucapan atau kalimat yang berhenti padanya sebuah sanad. [30] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 72. [31] Lihat Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya Syeikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsary, ms. 141. [32] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim 1/7. [33] Lihat al-Masaa-il karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld. 1, ms. 51. [34] Lihat Sahabat Pembela Sunnah karya Mohd Fikri Che Hussain, ms. 17. [35] Surah al-Haqqah, ayat 44-46. [36] Lihat Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 68. [37] Lihat 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya karya Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 138-139. [38] Atsar riwayat Ibnu Majah, no.25. [39] Atsar riwayat Ahmad dalam Musnadnya (no.12303) dan ad-Darimi dalam Sunan ad-Darimi, no. 237.
|