|
Risalah #7
Siapakah al-Ghuraba’?
Mohd. |
|
Dalam sebuah
hadis yang
dikeluarkan oleh
Imam Muslim, no.
145, Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:
Islam awalnya
asing dan kelak
akan kembali
menjadi asing
sebagaimana
awalnya maka
beruntunglah
bagi al-Ghuraba'
(orang-orang
yang asing).
Hadis di atas
menjelaskan
kepada kita umat
Islam mengenai
perkhabaran
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
berhubung dengan
sifat keasingan
agama Islam
sejak ia
mula-mula
didakwahkan oleh
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
kepada umat
manusia.
Dalam hadis yang
sama juga,
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
turut
mengingatkan
bahawa sifat
‘keasingan’
agama ini pasti
akan kembali
berulang di
akhir zaman
sebagaimana
ketika awalnya
ia disampai dan
diamalkan oleh
baginda dan para
sahabatnya
radhiallahu‘anhum.
Seiring dengan
perkhabaran
mengenai sifat
keasingan ajaran
Islam ini,
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
juga menerangkan
bahawa di
sebalik
keasingan itu
akan wujud
sekelompok
manusia dari
kalangan umatnya
yang digelar
sebagai
al-Ghuraba'
disebabkan
kelainan pada
manhaj atau cara
mereka
mengamalkan
ajaran agama
berbanding
kebanyakan
manusia lainnya.
Terhadap mereka
ini dikurniakan
nikmat
kebahagiaan
sebagaimana yang
dijanjikan oleh
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
menerusi
hadisnya
tersebut.
Siapakah
golongan
al-Ghuraba'
ini dan apakah
ciri-ciri
mereka? Bagi
menjawab
persoalan ini,
ikutilah huraian
selanjutnya.
¯
Siapakah
al-Ghuraba'?
'Abdullah bin
'Amr al-'Ash
radhiallahu‘anhu
meriwayatkan
bahawa pada
suatu ketika
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
pernah ditanya
mengenai makna
al-Ghuraba',
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
menjawab dengan
sabdanya:[1]
Orang-orang
soleh yang
berada di tengah
banyaknya
orang-orang yang
buruk, orang
yang menderhakai
(menentang)
mereka lebih
banyak daripada
mentaati mereka.
Sementara itu,
dalam riwayat
yang lain
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
menyebut:[2]
Iaitu
orang-orang yang
sentiasa
memperbaiki
(umat) di
tengah-tengah
rosaknya
manusia.
Dalam lafaz yang
lain disebutkan:[3]
Iaitu
orang-orang yang
memperbaiki
sunnahku selepas
peninggalanku
sesudah
dirosakkan oleh
manusia.
Ringkasnya,
sesiapa jua di
kalangan umat
Islam yang
berpegang teguh
kepada al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih
sebagaimana
asalnya,
mempertahankan
ketulenan
ajarannya
daripada
dicemari oleh
pelbagai unsur
bid’ah serta
berusaha
mendakwahkannya
kepada umat
manusia maka dia
termasuk dalam
kalangan
al-Ghuraba'
sepertimana yang
dimaksudkan oleh
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
menerusi
hadisnya di
atas.
¯
Mengapakah
dikatakan asing?
Setelah kita
mengetahui
ciri-ciri umum
mereka yang
digelar sebagai
al-Ghuraba’,
maka persoalan
kedua menyusul;
mengapakah
mereka yang
berpegang teguh
kepada al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
ini dianggap
sebagai golongan
yang ‘asing’?
Dalam menjawab
persoalan ini,
al-Imam Ibnu
al-Qayyim
al-Jauziyyah
rahimahullah
(751H) menulis
di dalam
kitabnya,
Madarijus
Salikin,
jilid. 3,
ms. 198-200:[4]
Pahala yang
sangat agung ini
(iaitu kurniaan
50 pahala para
sahabat)[5]
adalah kerana
dia terasing di
tengah kelompok
manusia lainnya,
juga kerana
tegar di atas
al-Sunnah
Rasulullah di
tengah kegelapan
hawa nafsu dan
fikiran sesat
mereka.
Jika ada seorang
mukmin yang
telah diberi
anugerah oleh
Allah untuk
dapat memahami
agamanya, juga
memahami Sunnah
Rasul-Nya,
mendalami
kitab-Nya serta
diberi petunjuk
tentang hawa
nafsu, bid’ah,
kesesatan dan
berpalingnya
orang lain dari
jalan lurus yang
pernah
dijalani oleh
Rasulullah dan
para sahabat.
Maka, jika orang
seperti ini
ingin menempuh
jalan ini,
hendaklah dia
bersiap untuk
menjadi tempat
celaan dan
cemuhan
orang-orang
bodoh dan Ahl
al-Bid’ah,
serta akan
menjadi bahan
olok-olok dan
cacian, serta
orang-orang akan
diperingatkan
agar jangan
dekat-dekat
dengannya
sebagaimana yang
dilakukan oleh
orang-orang
kafir terhadap
orang-orang yang
mengikuti
Rasulullah.
Jika ia tetap
mengajak mereka
untuk menuju
kepada al-Sunnah
Rasulullah dan
mencela
perbuatan
mereka, maka
akan bangkitlah
kesumat mereka.
Mereka akan
mencari orang
yang akan mampu
membinasakannya,
segera memasang
jaring
perangkap,
segera menaiki
kuda dan
memacunya untuk
menghalanginya.
Orang ini (Ahl
al-Sunnah),
seorang asing
dalam agamanya,
kerana rosaknya
agama mereka,
asing dalam
tegar di atas
sunnah kerana
mereka kukuh di
atas bid’ah,
asing dalam
solatnya kerana
buruknya solat
mereka, asing
cara hidupnya
kerana sesat dan
salahnya cara
hidup mereka,
asing nisbahnya
kerana tidak
sama dengan
nisbah mereka,
asing saat
bergaul dengan
mereka kerana
dia bergaul
dengan mereka
dengan sesuatu
yang tidak
mereka gemari.
Perhatikanlah!
Dia asing dalam
semua urusan
dunia dan
akhiratnya,
tidak ada yang
mahu membantu
dan menolongnya,
seorang ‘alim di
tengah komuniti
orang-orang
bodoh, seorang
yang tegar di
atas sunnah di
tengah-tengah
para Ahl
al-Bid’ah.
Orang yang
mengajak kepada
agama Allah dan
Rasul-Nya di
tengah para
penyeru kepada
hawa nafsu dan
bid’ah, orang
yang
memerintahkan
segala yang
makruf dan
mencegah dari
yang mungkar.
Berdasarkan
kepada
keterangan
beberapa buah
hadis di atas
dan huraian
al-Imam Ibnu
al-Qayyim
rahimahullah
yang
mengikutinya,
maka dapatlah
disimpulkan
bahawa:
Pertama:
Islam dan
ajarannya adalah
suatu yang
bersifat ‘asing’
di sisi
kehidupan
majoriti umat
manusia dan
sifat ini
sentiasa kekal
di sepanjang
zaman. Dengan
sifat
keasingannya ini
menjadikan
setiap orang
yang berpegang
teguh kepada
ajarannya yang
tulen akan
menjadi golongan
terasing dan
tersisih
daripada manusia
lainnya yang
ingkar terhadap
ajaran yang
dibawa oleh
agama Islam.
Dalam hal ini,
‘Abdullah bin
Mas’ud
radhiallahu’anhu
pernah
berkata:[6]
Bagaimana
sikapmu apabila
kamu telah
dilanda oleh
suatu fitnah
(bid’ah)
terus-menerus
sehingga
orang-orang
dewasa mencapai
usia tua dan
anak kecil
mencapai usia
dewasa dalam
suasana seperti
itu dan
masyarakat telah
menganggap
fitnah itu
sebagai suatu
amalan sunnah
sehingga apabila
fitnah itu
diingkari
(ditentang),
mereka berkata:
Amalan sunnah
telah diubah
(ditentang).
Dikatakanlah
kepadanya
(Abdullah bin
Mas’ud
radhiallahu’anh):
Bilakah yang
demikian itu
akan berlaku
wahai Abu
‘Abdirrahman?
Beliau menjawab:
Bila ahli
qira’at (pembaca
al-Qur’an) kamu
telah banyak,
sedangkan ahli
fiqih (orang
yang faham) dari
(kalangan) kamu
hanya sedikit,
harta kamu telah
melimpah dan
orang-orang yang
memiliki rasa
amanah jumlahnya
jarang ditemui
dan apabila
kehidupan dunia
dicapai dengan
(perantaraan)
amalan akhirat.
Penjelasan
‘Abdullah bin
Mas’ud
radhiallahu’anhu
menerusi
atsar di
atas bahawa
sunnah akan
mendapat
tentangan adalah
tidak lain
kerana sifat
‘keasingan’
sunnah itu
sendiri yang
dilihat berbeza
dengan kebiasaan
atau tradisi
beragama
kebanyakan umat
manusia.
Justeru, sesiapa
sahaja di dunia
ini yang
berpegang teguh
kepada ajaran
Islam
sebagaimana
asalnya pasti
akan disisihkan
oleh sebahagian
besar umat
manusia
sebagaimana
terang
Yunus bin Ubaid
menerusi
kata-katanya
berikut:[7]
Seorang yang
disampaikan
kepadanya
al-Sunnah
kemudian
menerimanya
akhirnya menjadi
orang yang
asing. Namun
lebih asing lagi
adalah yang
menyampaikannya.
Kedua:
Mereka yang
berpegang teguh
kepada sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih bukan
sahaja
disisihkan oleh
masyarakat
dimana mereka
berada akan
tetapi mereka
juga akan
sentiasa
dihujani dengan
pelbagai cacian
daripada para
penentang
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Walau
bagaimanapun,
perkara ini
bukanlah suatu
yang asing dalam
lembaran sejarah
perjuangan
menegakkan
sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam,
malah perkara
yang sama juga
pernah dialami
oleh baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
dan para
sahabatnya
radhiallahu’anhum.
Syeikh Abu
‘Uthman Ismail
bin Abdul
ar-Rahman
ash-Shabuni
rahimahullah
menjelaskan
kenyataan ini:[8]
Saya katakan bahawa saya telah melihat Ah al-Bid’ah yang menggelari Ahl al-Sunnah dengan gelaran-gelaran (yang negatif) ini, sedangkan Ahl al-Sunnah tidak terdapat pada mereka suatu pun ciri-ciri daripada apa yang mereka gelarkan itu. Ini sebagai kemuliaan dan kurniaan daripada Allah kepada Ahl al-Sunnah. Sebenarnya Ahl al-Bid’ah telah melalui jalan-jalan orang-orang musyrik – semoga Allah melaknat mereka – terhadap apa yang mereka lakukan terhadap Rasulullah.
Sesungguhnya
mereka telah
menggelari
Rasulullah
dengan pelbagai
gelaran (yang
buruk).
Sesetengah
mereka
menamakannya
sebagai tukang
sihir. Ada pula
yang
menamakannya
sebagai tukang
tilik.
Sebahagian
lainnya pula
menamakannya
sebagai ahli
syair, orang
gila, tukang
fitnah, pendusta
yang suka
membuat
cerita-cerita
dongeng.
Sedangkan Nabi
berlepas diri
dan jauh
daripada
keaiban-keaiban
itu.
Baginda tidak
lain hanya
sebagai pesuruh
yang dipilih
oleh Allah dan
sebagai
Nabi-Nya. Allah
berfirman (dalam
surah al-Furqan,
ayat 9 yang
bermaksud):
Perhatikanlah!
Bagaimana mereka
membuat
perbandingan-perbandingan
tentang
kamu,
lalu sesatlah
mereka. Mereka
tidak sanggup
(mendapatkan)
jalan untuk
menentang
kerasulanmu.
Sungguhpun
demikian, harus
diingat bahawa
‘kehinaan’ yang
menimpa Ahl
al-Sunnah
ini hanyalah
berdasarkan
sudut pandang
para penentang
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
itu sendiri,
namun di sisi
Allah dan
Rasul-Nya,
mereka tetap
dipandang
sebagai kaum
yang mulia.
Bagi mereka
pahala yang
besar dan
keredaan Allah
ke atas mereka,
sebagai balasan
di atas
keteguhan mereka
berpegang kepada
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
di zaman
yang penuh
dengan
pencemaran
pelbagai fitnah
bid’ah dan
maksiat ini.
Sabda Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam:[9]
Akan selalu ada
segolongan dari
umatku yang
sentiasa taat
menjalankan
perintah Allah.
Tidak akan
membahayakan
mereka orang
yang menghina
atau menyelisihi
mereka sehingga
datang keputusan
Allah dan mereka
tetap dalam
keadaan seperti
itu.
Dalam lafaz yang
lain yang
diriwayatkan
oleh Muslim, no.
1920 disebut:
Ada satu
golongan dari
umatku yang akan
selalu berada di
atas kebenaran.
Tidak akan
membahayakan
mereka orang
yang menghinakan
mereka sehingga
datang keputusan
Allah sedangkan
mereka tetap
dalam keadaan
seperti itu.
Juga dalam
hadisnya yang
lain:[10]
Sesungguhnya di
belakang kamu
ada hari-hari
dimana orang
yang sabar
ketika itu
seperti memegang
bara api. Mereka
yang mengamalkan
sunnah pada hari
itu akan
mendapatkan lima
puluh kali dari
kamu yang
mengamalkan
amalan (sunnah)
tersebut. Para
sahabat
bertanya:
Mendapatkan lima
puluh kali dari
kita atau dari
mereka?
Rasulullah
menjawab: Bahkan
lima puluh kali
pahala kamu.
¯
Asing dan
minoriti tidak
semestinya
sesat.
Kita sering
mendengar
ungkapan
sebahagian orang
yang mengatakan
bahawa jika
sesuatu amalan
itu dilakukan
oleh golongan
yang sedikit
(minoriti) dan
terasing dalam
masyarakat maka
ia adalah suatu
yang sesat atau
salah di sisi
ajaran agama.
Walau
bagaimanapun
andaian ini
adalah tidak
benar.
Malah ia dilihat
bercanggah
dengan banyak
ayat al-Qur’an
yang menegaskan
bahawa benar
atau tidak
sesuatu perkara
itu bukanlah
diukur dengan
jumlah pendukung
atau
penganutnya,
tetapi ialah
sejauh mana ia
berpijak di atas
landasan
kebenaran yang
berpaksi kepada
petunjuk
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Perhatikan
firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dalam
surah al-An’am,
ayat 116
berikut:
Dan jika engkau
mengikuti
kebanyakan orang
yang berada di
muka bumi
nescaya mereka
akan
menyesatkanmu
dari jalan
Allah. Tiada
yang mereka
turuti melainkan
sangkaan
semata-mata dan
mereka tidak
lain hanyalah
berdusta.
Firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala yang
mulia di atas
menunjukkan
kepada kita
bahawa faktor
kuantiti
bukanlah garis
penentu bagi
melayakkan
sesuatu itu
dianggap sebagai
benar di sisi
ajaran Islam.
Berdasarkan
kepada prinsip
ini, maka para
ulama Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah
mewasiatkan umat
Islam agar
hendaklah mereka
sentiasa
berpegang teguh
kepada ajaran
al-Quran dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih,
sekali pun
ia pada
pandangan
kebanyakan
masyarakat
adalah sesuatu
yang ganjil lagi
terasing.
Syeikh
Soleh bin Fauzan
al-Fauzan
menegaskan di dalam
kitabnya,
Syarh Masa-il
Jahiliyah:[11]
Nilai ukur
kebenaran itu
bukan kerana
jumlah pengikut
yang besar,
tetapi nilai
ukurnya adalah
kebenaran atau
kebatilan yang
menyertainya.
Setiap yang
benar walaupun
pengikutnya
sedikit, maka
harus digenggam
kuat. Itulah
jalan
keselamatan.
Semua kebatilan
tidak boleh
berubah menjadi
benar hanya
kerana jumlah
pengikutnya yang
banyak. Nabi
bersabda
(maksudnya):
Sesungguhnya
Islam itu muncul
sebagai agama
yang asing
(sedikit
pengikutnya) dan
suatu ketika
akan kembali
asing
sebagaimana
pertama kali
muncul.
Dalam hal ini,
al-Imam al-Hasan
al-Basri
rahimahullah
pernah
mengingatkan
bahawa:[12]
Sesungguhnya
Ahl al-Sunnah
mereka adalah
manusia yang
sedikit
jumlahnya pada
zaman-zaman yang
telah lalu dan
mereka juga
sedikit
jumlahnya pada
masa yang akan
datang. Mereka
ialah
orang-orang yang
tidak pergi
bersama-sama
dengan golongan
yang mewah dalam
kemewahan
mereka. Dan
tidak pula pergi
bersama-sama
dengan Ahl
al-Bid’ah
dalam melakukan
bid’ah-bid’ah
mereka. Mereka
tetap bersabar
di atas sunnah
mereka
sehinggalah
mereka menemui
Tuhan mereka.
maka begitulah
keadaan Ahl
al-Sunnah,
Insya-Allah.
Maka hendaklah
kamu seperti
mereka.
Senafas dengan
wasiat al-Imam
Abu al-Hasan
al-Bashri
rahimahullah
di atas ialah
kenyataan Sufyan
ats-Tsauri
rahimahullah,
beliau
mewasiatkan:[13]
Aku wasiatkan
kamu untuk
berpegang teguh
kepada Ahl
al-Sunnah
dengan baik
kerana mereka
adalah
al-Ghuraba’.
Alangkah
sedikitnya
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah.
Semoga dengan
wasiat dan
peringatan yang
disampaikan oleh
para tokoh
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah
di atas ini akan
menjadikan
sumber kekuatan
kepada kita
semua untuk
terus konsisten
dalam berpegang
teguh kepada
ajaran al-Qur’an
dan al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Semoga dengan
berpegang
teguhnya kita
kepada kedua-dua
petunjuk agung
ini akan
meletakkan kita
dalam golongan
al-Ghuraba’
yang
pastinya akan
mendapat
ganjaran berupa
nikmat
kebahagiaan
daripada Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Insya’ Allah.
[1] Hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad, no. 6650. [2] Lihat Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, no. 1273. [3] Hadis riwayat at-Tirmidzi, no. 2630 dan beliau menjelaskan bahawa hadis ini adalah hasan sahih. [4] Lihat Tegar di Atas Sunnah Ibarat Menggenggam Bara Api, susunan Tim Media Tarbiyah, ms. 151-153. [5] Hadis yang menerangkan ganjaran sebanyak 50 kali ganda pahala para sahabat kepada mereka yang berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini akan dikemukakan dalam huraian selanjutnya. [6] Lihat Riwayat ad-Darimi 1/75, no. 185, Ibnu Abi Syaibah 7/452, no. 37156 dan al-Hakim 4/560, no. 8570. [7] Riwayat al-Lalika’i 1/64 dan Ibnu Baththah dalam al-Ibanah 1/185, no. 20. [8] Lihat al-Risalah fii I’tiqad Ahl al-Sunnah wa Ash-haab al-Hadith wa al-Aimmah au Aqidah al-Salaf Ash-haab al-Hadith karya Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman al-Shabuni, ms. 142-143 [9] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3641 dan Muslim, no. 1037. [10] Hadis riwayat al-Hakim dan lainnya. Beliau menganggap hadis ini sebagai sahih dan disepakati oleh adz-Dzahabi. [11] Lihat buku penulis, Cukupkah Sekadar Niat?, ms. 165. [12] Lihat Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz Abdul Wahab Bustami, ms. 129. [13] Riwayat al-Lalika’i dalam Syarh I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah 1/63.
|