Biodata Penulis


 

Mohd Hairi Nonchi, anak kelahiran Kampung Puyut, daerah Lahad Datu, Sabah ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan 3 Lahad Datu dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di SMK Sepagaya Lahad Datu, Sabah.  

 

Setelah menamatkan pelajarannya di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pendidikan Dengan Sains Sosial (Pendidikan Sejarah dan Geografi) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Kini beliau menjawat jawatan sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di daerah Lahad Datu, Sabah.

 

Mohd Hairi Nonchi mula menceburkan diri dalam dunia penulisan pada tahun 2009. Usia muda bukanlah penghalang buatnya menterjemahkan minat dan ilmu untuk dikongsi bersama. Tempoh pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuka peluang yang luas untuknya bergaul rapat dan bertukar-tukar fikiran dengan golongan berilmu. Justeru pendedahan yang amat bernilai ini telah memberinya keyakinan dan terhasillah buku ini.

 

Antara karya-karya beliau yang telah berjaya diterbitkan setakat ini adalah seperti berikut:

1)   Katakan Tidak Pada Wahabi! terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2009.

2)   Cukupkah Sekadar Niat? terbitan Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2010 dan 2011.

3)   Aina Allah? terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010 dan 2012.

4)   Siapakah Pengikut Imam al-Syafie Dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?  terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010 dan 2011.

5)   Marilah Berzikir Selepas Solat Fardhu Bersama Rasulullah terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010.

6)   Ibn Taimiyyah: Pencetus Akidah Tasybih & Tajsim? terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2011.

7)   Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba’ al-Rasul terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2012.