|
Saya pernah terbaca hadis bahawa penyakit ‘Ain
boleh mendahului
taqdir. Benarkah? |
|
Jawapan:
Tidak benar. Hadis yang dimaksudkan ialah:
الْعَيْنُ
حَقٌّ
وَلَوْ
كَانَ
شَيْءٌ
سَابَقَ
الْقَدَرَ
سَبَقَتْهُ
الْعَيْنُ
وَإِذَا
اسْتُغْسِلْتُمْ
فَاغْسِلُوا.
Penyakit
al-‘Ain
memang ada.
Seandainya ada yang dapat mendahului taqdir, tentulah ia didahului oleh
penyakit al-‘Ain.
Justeru apabila kamu disuruh mandi, maka mandilah.[1]
Al-‘Ain
ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata. Orang dengki
lagi jahat, dengan sebab pandangan matanya saja sudah cukup untuk
mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit. Akan tetapi
ada sebahagian orang yang menolak penyakit
al-‘Ain kerana pada perkiraannya ia
mustahil. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam membetulkan penolakan ini dengan
penetapan: “Penyakit
al-‘Ain
memang ada.”
Akan tetapi walau dengan pandangan mata yang amat
“berkuasa” sekalipun, ia tidak akan memberi pengaruh kepada orang yang
dipandangnya melainkan dengan kehendak Allah
Subhanahu waTa’ala.
Ini kerana pandangan mata hanyalah sebab manakala musababnya tetap
bergantung kepada qadar dan qadha Allah.
Adapun maksud sabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wassalam:
“Seandainya ada yang dapat mendahului taqdir, tentulah ia didahului oleh
penyakit al-‘Ain”
, maka ia seperti berikut:
Antara cara memelihara diri dari penyakit
al-‘Ain
dan mengubati
diri seandainya terkena penyakit al’Ain
ialah mandi. Inilah maksud penghujung hadis:
“Justeru apabila kamu disuruh mandi, maka mandilah.”
Hadis ini juga memiliki beberapa pengajaran penting di sebaliknya:
[1]
Sahih:
Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya,
hadis no: 4058
(Kitab al-Salam,
Bab penjelasan tentang pengubatan, sakit
dan ruqyah). |