al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian

Ragam dan Kesilapan : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

 
 

Kelima: Menafikan kebenaran kitab.

Telah dinyatakan sebelum ini akan sikap sarjana-sarjana hadis orientalis yang cenderung memilih sumber rujukan dan kitab dari para penulis yang sedia berkonflik dengan subjek yang ditulisnya, maka berikut akan ditunjukkan pula sikap mereka yang menafikan kebenaran sesebuah kitab - apabila kitab tersebut menentang arus kajian mereka.

Juynboll dalam bukunya Muslim Tradition[1] telah menganalisa beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa sarjana terhadap manuskript-manuskript awal tulisan hadis, termasuk dari kalangan orientalis, lalu menulis:

Sezgin’s epochal work presents a new approach. Where Goldziher’s and Schacht’s findings amounted virtually to denying the ascription of the bulk of hadis literature to its alleged originators (the prophet, his Companions, or even later authorities) as authentic, Sezgin appears to be a great deal less sceptical. His main thesis that the writing down of hadis as well as other material started almost immediately after the death of the prophet and continued virtually uninterrupted during the first three centuries of Islamic history, and this on an increasing and ever more sophisticated scale, has raised little doubt as far as I know. And Azmi, in his study referred to above, arrived quite independently at more or less the same conclusion. But unearthing and cataloguing material, as Segzin has done, is something altogether different from establishing its authenticity.

By that I mean establishing whether the material ascribed to certain early authorities is in actual fact, theirs or whether it originated with later authorities who, for variety of reasons, wanted it to appear older and, therefore, projected it back artificially onto older and thus more awe-inspiring authorities. Apart from a few isolated cases in which Segzin questions the authenticity of certain texts, he presents the bulk of them as if he has no qualms as to their genuineness. Something which always struck me in work of Sezgin, Azmi, and also in that of Abbott – to which I shall turn in a moment – is that they do not seem do realize that, even if a manuscript or a papyrus is unearthed with an allegedly ancient text, this text could very easily have been forged by an authority who lived at a time later than supposedly older authority given in its isnad.

Fu’ad Sezgin, Nadia Abbott dan Mustafa Azami adalah 3 orang sarjana yang telah mengkaji dan menyelidik sejarah penulis hadis dari sumber-sumber manuskript dan palpa dan berjaya membuktikan bahawa penulisan hadis-hadis telah bermula sejak dari saat-saat awal kewafatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ianya berterusan dan makin berkembang tanpa sebarang halangan atau perhentian. Akan tetapi Juynboll meragui hasil penemuan mereka atas alasan bahawa kononnya manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut kemungkinan besar telah ditulis oleh pihak di masa terkemudian lalu disandarkan kepada zaman selepas kewafatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Kita berasa aneh bagaimana seorang sarjana seperti Juynboll boleh membuat kesimpulan yang sebegitu rendah nilainya. Kita mungkin dapat menerima dan membuka semula hasil kajian seandainya kesimpulan yang dikemukakan oleh Juynboll adalah hasil dari kajian dan penyelidikan semula beliau ke atas manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut. Tetapi nampaknya Juynboll hanya membuat andaian - atau lebih tepat tuduhan - tanpa sebarang penyelidikan atau kajian. Jika Juynboll mahu kita menerima kesimpulannya tersebut, maka apakah yang menghalang kita dari membuat  kesimpulan bahawa buku Muslim Tradition tersebut asalnya adalah esei-esei sejarah Islam yang ditulis oleh beberapa orang penuntut tahun pertama sebuah kolej pengajian tinggi, lalu ia ditemui oleh Juynboll dan terus dihimpun, diedit, dibuku dan diterbitkan di bawah namanya sendiri ?

 

Keenam: Kesalahan terjemahan teks  Arab.



[1]               Muslim Tradition: Studies in Chronology, Provenance and Authorship of Early Hadis, pg 4.

 

 

   

 

 
 

al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian