HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib arrow Ulasan buku arrow Hafiz Firdaus arrow Tasawuf Syar'i: Kritik atas kritik
Tasawuf Syar'i: Kritik atas kritik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 25 August 2007

Judul buku: Tasawuf Syar’i: Kritik atas kritik.
Judul Asal: al-Tasawwuf al-Syar’i (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 2000)
Penulis: Sayyid Nur bin Sayyid Ali
Penterjemah: M. Yaniyullah
Penerbit: Hikmah, Jakarta 2003
Harga: RM25.80
Tebal: 240 ms.
Di mana: Pustakan Indonesia, Wisma Yakin, KL (03-26923940).


Ilmu tasawuf (Sufisme) di masa kini diberi hukuman yang sangat tidak adil oleh umat Islam. Jauh di
sebelah kanan terdapat segolongan umat Islam yang menyandarkan diri mereka sebagai pengamal ilmu tasawuf tetapi yang benar amalan mereka dipenuhi dengan syirik, bid’ah dan kurafat. Jauh di sebelah kiri pula terdapat segolongan umat Islam yang menentang habis-habisan ilmu tasawuf. Mereka berkata tasawuf bukan ilmu tetapi hanya syirik, bid’ah dan kurafat.



Yang benar adalah segolongan umat Islam yang berada di tengah. Iaitu mereka yang terdiri daripada para peneliti (muhaqqiqin) yang sentiasa mengkaji dan menganalisa dengan minda yang terbuka dan hati yang ikhlas. Mereka mengiktiraf kebenaran ilmu tasawuf berdasarkan nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Di waktu yang sama mereka berusaha gigih membersihkan ilmu tasawuf daripada pencemaran yang dilakukan oleh sebahagian besar pembid’ah masa kini yang menyandarkan diri mereka sebagai “ahli tasawuf.” Mereka juga bekerja keras menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh para penentang ilmu tasawuf.

Salah seorang yang berada di “pertengahan” ini ialah Syaikh Sayyid Nur bin Sayyid Ali. Alhamdulillah,
bukunya yang sangat bermanfaat telah diterjemahkan dengan judul: Tasawuf Syar’i: Kritik atas kritik.

Buku ini dimulakan dengan menerangkan apakah itu tasawuf dan kepentingannya kepada umat Islam. Kemudian disusuli dengan jawapan bagi menolak hujah mereka yang beranggapan tasawuf adalah satu bid’ah di dalam Islam.

Setelah itu dibahas dan diterangkan maksud sebenar beberapa subjek khusus di dalam tasawuf yang sering berlaku salah faham terhadapnya. Subjek tersebut ialah:

1. Syathahat (ucapan kata-kata yang ganjil).
2. Wali dan darjat kewalian.
3. Tarikat.
4. Bai’at.
5. Khalwat.
6. Mukasyafah.
7. Fana’.
8. Wahdah al-Wujud.

Perkara lain yang bermanfaat dalam buku ini ialah, diterangkan juga kedudukan sebenar Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang ilmu tasawuf. Banyak orang yang salah faham dalam bab ini sehingga menyebabkan mereka membenci Ibn Taimiyyah. Kebencian ini menyebabkan mereka membuat pelbagai fitnah ke atas beliau, sebahagiannya sehingga ke tahap pengkafiran. Yang benar Ibn Taimiyyah bukan penentang tasawuf tetapi penegaknya. Bezanya beliau menegakkan tasawuf yang tulen tanpa bercampur aduk dengan amalan syirik, bid’ah dan kurafat.

Saya sangat menganjurkan buku ini kepada para netters supaya mereka yang meminati tasawuf dapat beramal dengan ilmu tasawuf yang sebenar dan mereka yang menentang tasawuf dapat membetulkan semula presepsi mereka tentang ilmu tasawuf.

Sekian wassalam.



Add as favourites (152) | Quote this article on your site | Views: 4702

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
Seterusnya >
 
 

Statistik

741,453Visitors:
497Visitors today:
757Visitors yesterday:
332.74Visitors per day: Ø
3,503,259Page views:
1,684Page views today:
2,541Page views yesterday:
1,572.14Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
2,066Page views this page:
182Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.