| Slogan Islam Era Globalisasi |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Saturday, 25 August 2007 | ||||
|
Slogan Islam Era Globalisasi asmBuku kedua yg saya miliki terkini dari PI (Wisma Yakin) ialah karya latest Dr Qardhawi. Jodol: Khitabuna alIslami fi 'Asyr alAwlamah Jodol Indon: Retorika Islam Jodol s2s: Slogan Islam Era Globalisasi Penerbit: dar asSyuruq, Cairo (edisi 1, 2004) penerbit Indon: Khalifa, Jakarta Timur, May 2004 Sinopsis: Kitab ini menjawab kekeliruan umat Islam mengenai slogan/retorika utama Risalah Islam selepas era 9/11 atau peristiwa pengemboman twin tower New York. Umat Islam keliru dengan slogan jihad, slogan keganasan (teroris, sikap Islam terhadap non-muslim, dsbnya. Kemudian Dr Qardhawi mengulangi dan mengukuhkan semula retorika/Slogan-slogan asal umat Islam yg berdengung sejak zaman salaf, antaranya: 1. persoalan keimanan 2. kedudukan wahyu dan akal 3. kesimbangan material dan spiritual 4. amat menekankan aspek ibadah-moral dan syari'at 5. sikap toleran Islam 6. seimbang antara keseriusan dan hiburan 7. seimbangkan idealisme dan realiti 8. Berfikiran global dan tidak melupakan lokal 9. semangat pembaharu dan kukuh berpegang dgn keaslian 10. Orientasi futuristik dan tidak memungkiri sejarah 11. mudah dlm fatwa dan gembira dalam dakwah 12. membuka pintu ijtihad dan tidak melampaui yg permanen 13. menolak aksi keganasan dan mendukung jihad yg syara'iy 14 . mengukuhkan martabat wanita dan tidak menghakis martabat sang lelaki 15. melindungi kaum minoriti dan tidak memarginalisasi kaum majoriti. Add as favourites (243) | Quote this article on your site | Views: 5663
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
