| Jodol Buku: Larangan Berjilbab: Studi Kasus di Perancis |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Saturday, 25 August 2007 | ||||
|
Pengarang: Dr Yusof alQardhawi Penerbit: Gema Insani Jakarta, cet.1-Jun 2004 Penterjemah: Abd Hayyie alKattanie Tebal: 130 ms//Harga: RM 12.80 Jodol Arab: Atsaru man'il Hijab fii Feransa Penerbit: www.aljazirah.com / www.qaradawi.net ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sinopsis//abstrak Keputusan negara EC Perancis melarang muslimah utk mengenakan jilbab jelas sangat kontradiktif dgn citra bangsa perancis yg begitu bangga dgn freedom (kebebasan), egalite (persamaan) dan fraternity (persaudaraan). Apa lagi 'jilbab' merupakan waajibat (kewajiban agama) bukan simbol atau syi'ar spt kalung salib (Nasrani) dan kafieh (ketayap mini) bagi Yahudi. Dr Qardhawi bukan sahaja ulama' kitab, ulama' dari mimbar, tapi turun ke alam realiti, ke pentas global dan berada di depan ketika umat minoriti Perancis memerlukan pembelaan. Dr Qardhawi melontarkan hujah bagaimana mungkin mereka melarang seseorang yg hendak mengamalkan agamanya dan menjunjung kehormatan sbg manusia.Dia juga menyelar sikap double standard Perancis yg membolehkan free sex (seks bebas) dan kebebasan individu lainnya. Kitab ini dibahagikan pd 3 Bab Bab 1: Pengaruh pelarangan Berjilbab di Perancis (www. al-jazirah.com) Dr Qardhawi telah mengesan kencenderungan pemerintah Perancis utk mengharamkan jilbab ketika beberapa kunjungan beliau ke Perancis terutama pada Seminar Orientalis di Perancis pada bulan Oktober 1994. Dalam seminar ini Dr Qardhawi telah berjaya mempertahankan serangan orientalis yg cuba merubah persepsi masyarakat Perancis bahawa tudung adalah simbol agama. Dr Qardhawi tetap menangkis serangan itu dan menetapkan tudung adalah kewajiban agama bukan simbol agama spt kalung salib dan kafiyeh bagi Nasrani dan Yahudi. Dr Qardhawi juga menyelas Perancis kerana menganggap pelarangan hijab adalah urusan internal negara itu. Ini kerana Perancis juga sering terlibat dgn urusan internal negara lain. yang benar pelarangan hijab adalah menyakitkan seluruh umat Islam kerana sifat mereka bagai umat yg bersaudara. Dr Qardhawi juga menyelar sikap membisu dunia Islam lain dan badan2 Induk yg mewakili umat Islam Bab 2: Permasalahan Jilbab di Perancis (www.qaradawi.net) Ini menyorot kembali seminar Oktober 1994 di mana DYQ berdebat dgn perhimpunan orientalis. Juga berkhutbah kepada warga Paris mengenai isu jilbab. DYQ juga mengulangi sikap double standard Perancis yg melaungkan Human Rights tapi menyekat rights orang Islam. Juga dipaparkan surat resmi DYQ selaku Ketua Dewan Fatwa dan Penyelidikan Eropah kepada Pres Jacques Chirac menggesa beliau menarik balik pidana larangan itu. Bab 3: Perbedaan (ta'adudiyah) merupakan Realiti (waqe') yg diakui Islam (www.qaradawi.net) Bab ini DYQ menutup khabar angin yg bertiup kencang bahawa Qatar adalah negara Arab pertama yg akan menukar hari minggu kepada Sabtu dan Ahad dan menjadikan hari Juma'at hari kerja. DYQ menyeru Pemerintah Qatar supaya rasional dan terus menjaga identiti dan jatidiri umat Islam dan terus mengekalkan hari minggu spt sedia kala sejak dulukala. sekian Klasifikasi: Fiqh alWaqe' Add as favourites (122) | Quote this article on your site | Views: 3867
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
