HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Dara.com arrow Soal Jawab Agama arrow Bercinta sebelum bernikah itu haram?
Bercinta sebelum bernikah itu haram? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 14 April 2010

Soalan:

Bolehkah dua pasangan bercinta sebelum bernikah? Ada yang berkata ia diharamkan selagi belum bernikah, benarkah?

Nik, Pasir Mas, Kelantan.


Jawapan:

Jika hendak bercinta sebelum bernikah, hendaklah disusun pada tertib terbawah selepas cinta kepada Allah, Rasulullah, ibubapa dan sesama umat Islam. Cinta kepada Allah dan Rasulullah hendaklah berada di tangga paling atas agar pasangan yang belum bernikah tidak akan melakukan sesuatu maksiat yang melanggar hukum-hakam Allah dan Rasulullah, yakni agama Islam. Cinta kepada ibubapa hendaklah juga diunggulkan agar masing-masing tidak derhaka kepada ibubapa dalam persoalan pilihan pasangan, tarikh pernikahan dan sebagainya.

Cinta kepada sesama umat Islam tetap berada di tangga lebih tinggi agar pasangan tidak lalai dengan percintaan antara satu sama lain sehingga mengabaikan kepentingan dan urusan sesama umat Islam. Kedudukan cinta kepada pasangan pada tertib terbawah menyebabkan masing-masing pasangan tidak akan mengabaikan kecintaan mereka kepada Allah, Rasulullah, ibubapa dan umat Islam. Realiti alam cinta membuktikan bahawa amatlah sukar untuk bercinta mengikut tertib di atas sebelum pernikahan. Maka disebabkan kesukaran inilah ramai orang mukminin dan mukminat yang berpengalaman menasihatkan, jangan bercinta sebelum bernikah.


Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 1912

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

741,467Visitors:
511Visitors today:
757Visitors yesterday:
332.74Visitors per day: Ø
3,503,318Page views:
1,743Page views today:
2,541Page views yesterday:
1,572.16Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
1,186Page views this page:
217Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.