Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku
tugasku;
dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.
Beberapa pengajaran doa:
Doa di atas dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika Allah mengutusnya untuk berdakwah kepada Firaun. Doa
tersebut Allah rakam dalam al-Qur’an, surah Ta-Ha, ayat 25-28.
Apabila ingin berucap, sama ada dalam rangka berdakwah atau dalam sesuatu majlis yang selari dengan
syari’at Islam, kerap kali kita akan rasa berdebar-debar, kurang yakin dan gusar. Maka amat dianjurkan membaca doa di atas agar Allah mengurniakan kita ketenangan di hati, kemudahan
berucap dan ucapan yang fasih lagi difahami.
Sekalipun berpangkat Rasul, Musa a.s. tidak leka dan lalai dari berdoa kepada Allah dalam sesuatu
urusannya. Bahkan dalam semua urusannya beliau sentiasa berhubung dengan Allah melalui zikir dan doa. Apatah lagi dengan kita manusia biasa, sudah tentu kita lebih patut menjaga hubungan
dengan Allah melalui zikir dan doa, dengan kekerapan yang jauh lebih tinggi berbanding sms, emel dan sembang-sembang dengan rakan harian.